Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 1, 2024 @ 3:38pm

“Tak Boleh Menjanda Lama-Lama” – Mahu Kahwin Kali Kedua, Ina Naim Perlu Figura Suami Bantu Uruskan Anak-Anak

Balu kepada penyanyi nasyid Allahyarham Suhaimi Saad iaitu Ina Naim tampil memberi penjelasan berhubung perkahwinan kali keduanya bersama lelaki pilihannya, Mohd Khairul Rizal Mohd Shukor.

Bakal mendirikan rumah tangga pada 8 November ini, Ina menjelaskan tujuan dia berkahwin adalah kerana memerlukan figura seorang suami untuk membantunya membesarkan anak-anak yang kini meningkat dewasa.

“Alhamdulillah, anak-anak sekarang sebenarnya mereka sudah mula belajar dengan bakal bapa baru mereka. Mereka juga selalu berhubung melalui telefon untuk belajar.

“Anak-anak memang tidak ke sekolah tetapi mereka kena belajar. Disebabkan itu saya tidak boleh menjanda lama-lama dan duduk seorang kerana saya tidak boleh uruskan empat cahaya matanya yang meningkat usia remaja.

“Anak-anak saya perlu belajar disebabkan itu saya memerlukan seseorang untuk teruskan pembelajaran mereka setelah ayah mereka meninggal dunia,” katanya dalam video di TikTok.

Sementara itu, Ina turut memaklumkan majlis perkahwinannya itu akan berlangsung secara sederhana yang dihadiri oleh ahli keluarga dan kenalan rapat sahaja.

Menurut ibu kepada empat cahaya mata ini, majlis akan diadakan secara sederhana dengan menjemput keluarga dan kenalan terdekat sahaja.

“Minta maaf tak dapat jemput semua kerana saya tidak buat majlis besar pun. Minta maaf banyak-banyak kepada netizen dan kawan kawan di TikTok, kalau boleh memang saya nak jemput semua.

“Saya buat majlis nikah sahaja dan menjamu makan untuk saudara dan rakan-rakan terdekat.

“Saya bukannya anak dara atau muda lagi. Saya sudah tua dan ada anak-anak, takkan kita nak duduk atas pelamin untuk bersanding.

“Jadi saya buat perkara yang wajib sahaja iaitu bernikah dan jamu tetamu makan,” ujarnya.

Sekadar info, Ina dan Allahyarham Suhaimi berkahwin pada 12 Ogos 2007 dan mereka dikurniakan empat cahata mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.

Allahyarham Suhaimi bagaimanapun meninggal dunia pada 15 November tahun lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 15 Jan 2020

Bawa Semangat Arwah, Lefthanded Hibur Peminat Singapura 7 Mac!

Lebih membanggakan kami kerana dapat berkongsi pentas dengan penyanyi hebat tanah air

Trending Wed, 4 Jul 2018
Hiburan Tue, 30 Jan 2018

MEET ZAMAERA, MALAYSIA’S HOTTEST FEMALE RAPPER EVER

We at xtra were able to secure an exclusive interview with Malaysia’s very own talented female rapper. In this session, she detailed her journey into rap as well as her own thoughts on the rap industry in the country.

Hiburan Thu, 11 Jan 2018

张惠妹《装醉》MV登场 演技爆发大展”神经质”耍坏

张惠妹最新R&B慵懒曲风的《装醉》MV终于登场啦!再度与MV导演陈宏一合作的A-mei笑称“神经质的导演跟神经质的歌手配在一起,绝配!”

Hiburan Thu, 18 Jan 2024
Featured Mon, 1 Dec 2025

“Golongan Songsang Tiada Tempat Di Dunia” – PU Riz

PU RIZ tegas dengan pendiriannya menegah perbuatan golongan tersebut yang ternyata melanggar ajaran agama.

Trending Sun, 18 Oct 2020
error: Content is protected !!