Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin November 2, 2024 @ 12:22pm

Impian Nak Ada Legasi Bisnes Pernah Jadi Bahan Ketawa, Neelofa Bersyukur Perniagaan Cecah 10 Tahun – “Jual Rumah, Kereta Nak Jadikan Modal”

Selebriti dan usahawan popular, Neelofa mendedahkan impian untuk mempunyai legasi perniagaan pernah dijadikan bahan ketawa.

Tidak mengalah dan terasa hati, bekas hos Nona TV3 itu bersyukur peniagaan Naelofar yang diusahakan bersama keluarga sudah memasuki usia 10 tahun.

“Saya rasa macam mimpi apabila perniagaan yang saya dan keluarga usahakan dah berusia 10 tahun. Mimpi ini juga yang saya selitkan dalam doa saya.

“Saya masih ingat pada tahun 2014, ketika itu saya ambil ‘short course’ di Los Angeles, ketika itu saya masih belum ada perniagaan Naelofar. Ketika berada di dalam kelas, mereka bertanya kepada semua pelajar antarabangsa, ada dari Hong Kong, Brazil, London, Belgium… Keluar soalan mengenai apa yang dimahukan?

“Saya menjawab saya mahu tubuhkan legasi saya sendiri, legasi perniagaan. Ketika itu, mereka gelakkan saya dalam kelas itu. Ketika itu saya terdiam. Saya tertanya, kenapa mereka ketawa? Di tahun yang sama juga, tertubuhnya Naelofar.

“Apabila teringat momen terbabit, saya rasa bersyukur. Alhamdulillah, Allah bagi juga rezeki untuk saya ada satu legasi, kini dah berusia 10 tahun, yang mana ia akan terus didoakan supaya dikurniakan kejayaan.

“Rezeki ini bukan saya sahaja yang dapat rasa, malah keseluruhan keluarga saya yang terlibat, secara langsung dan tidak langsung. Adik beradik, saudara mara serta orang di sekeliling seperti team, staf, stokis dan ramai lagi,” katanya kepada XTRA.

Modal sendiri, jual kereta, Nabila jual rumah, pinjam duit Ameera

Mengenang kembali awal penubuhan Naelofar ketika mahu mengukuhkan tapak, Neelofa mendedahkan dia hanya menggunakan duit sendiri serta meminjam wang keluarga untuk membina legasi perniagaan.

“Saya rasa bersyukur, sejak hari pertama perniagaan ditubuhkan, kami menggunakan modal dan keuntungan sendiri. Syarikat tidak pernah ambil apa-apa geran atau ‘loan’, modal sepenuhnya daripada keluarga dan duit sendiri. Ada juga beberapa kali diberi peluang untuk diberikan geran, namun ia tidak terjadi.

“Modal perniagaan itu dipusingkan semula hingga sekarang. Walaupun dulu saya tiada sumber pendapatan yang kukuh, Alhamdulillah segalanya dipermudahkan untuk tubuhkan syarikat.

“Masih segar di ingatan, saya terpaksa jual kereta pertama saya, kakak saya Nabila jual rumah dia, saya pinjam duit Ameera, semuanya dikumpulan untuk menjadi modal perniagaan. Begitulah kami buat modal untuk tubuhkan Naelofar,” katanya lagi.

Bisnes berdepan dengan ujian dan dugaan

Mengakui tidak semuanya manis, perniagaan yang diusahakan turut berhadapan dengan ujian dan dugaan sepanjang 10 tahun.

“Saya sangat bersyukur apabila keluarga saya ada. Mereka sentiasa memberikan sokongan kepada saya dan perniagaan apabula berada di fasa goyah. Saya ingat kembali ada juga momen ‘goyang’ dalam perniagaan, tapi perkara itu tidak saya kongsikan kepada umum. Apa yang dipamerkan kebanyakkan yang indah.

“Namun ketika di saat goyah itu, keluarga yang ada bersama dan terus memberi sokongan. Mungkin tanpa mereka, saya akan terus ‘goyang’. Bersyukur keluarga sama-sama bantu kukuhkan perniagaan. Walaupun ada saat-saat ‘goyah’ itu, jualan, ‘demand’ tetap tinggi daripada pelanggan. Kalau pasukan saya ‘collapse’, sangat sayang dan rugi,” katanya.

Neelofa ditemui XTRA di majlis pelancaran stroller edisi terhad Hamilton x Neelofa di Pavilion Bukit Jalil pada Khamis.

Neelofa yang merupakan wajah wakilan bagi jenama kelengkapan bayi itu hadir bagi sama-sama merasmikan ‘stroller’ bayi edisi terhad Timeless Elegance itu.

Ia hadir menerusi tiga warna yang menarik, bersama hiasan corak yang bermotifkan elemen batik.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 16 Jun 2023

Aktif Dalam Bidang Kemanusiaan, Pendakwah, & Penyanyi Rap Terkenal AS… Ini Fakta Menarik Tentang Suami Mizz Nina, Essam Muhammad!

Wowww bukan calang-calang ek Husband Mizz Nina 🤩🤩 Sangat serasi dan saling melengkapi

Hiburan Mon, 19 Aug 2019

Meski Belum Lahir…Baim Wong Sudah Bayangkan Pekerjaan Anak

Pelakon Baim Wong dan isterinya, Paula Verhoeven terbang ke Sepanyol untuk menikmati percutian ‘babymoon’. Sementara itu, pasangan ini berkesempatan menonton perlawanan bola sepak antara Valencia FC menentang Real Sociedad untuk Kejuaraan Liga Sepanyol 2019. Difahamkan […]

Hiburan Tue, 7 Aug 2018

DSV Buat Perangai, Samakan Karipap Dengan ***

DSV samakan makanan dengan bahagian sensitif wanita???

Hiburan Tue, 1 Mar 2022

Pernah Meledak Dengan Pulang, Insomniacks Tak Letak Strategi Untuk Single ‘Sempurna’… Kini Berada Di Kedudukan No 1 Carta RIM!

Kumpulan Imsomniacks yang dianggotai oleh Iqie, Iskandar, Daniel dan Gavin kini muncul dengan single terbaharu berjudul Sempurna. Sempurna yang mengisahkan mengenai perasaan seseorang saat kehilangan sesuatu yang dianggap sempurna ini ditulis oleh keempat-empat ahli kumpulan […]

Hiburan Sat, 31 Jan 2026

“Kalau Saya Diam, Siapa Lagi Nak Lindungi Dia?” – Sering Dikecam, Nur Fazura Pertahankan Fatima

Hati Nur Fazura terusik apabila anaknya, Nur Fatima Aisya sering dikecam.

error: Content is protected !!