Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 2, 2024 @ 1:40pm

Ryzal Ibrahim, Maryam Durian Kimchi Bakal Timang Cahaya Mata Kedua

Pasangan pempengaruh terkenal, Ryzal Ibrahim dan Maryam YouNarae bakal memaklumkan mereka bakal menimang anak kedua.

Berita gembira tersebut dikongsikan menerusi sebuah hantaran video yang dimuat naik di Instagram pada Jumaat.

Video tersebut memaparkan anak sulung mereka, Nik You Rina menyerahkan alat penguji kehamilan positif kepada balanya Ryzal yang kelihatan teruja dengan berita itu.

“Kebahagiaan baru telah datang kepada kami sekeluarga.

“Kami sedang bersiap sedia untuk hari kami menjadi keluarga empat orang,” tulis wanita kelahiran Korea Selatan itu.

Pada Mei 2023, Maryam pernah mengalami keguguran pada ketika usia kandungan mencecah tiga minggu.

Sekadar info, Maryam memeluk Islam pada 11 Julai 2019 lalu mendirikan rumah tangga bersama Ryzal pada 15 Ogos tahun sama.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

Artikel Berkaitan: Ryzal Didakwa Buat Lawak Lucah, Maryam Durian Kimchi Mohon Maaf – “Mungkin Ada Salah Faham Sedikit”

Artikel Berkaitan: Maryam Durian Kimchi Keguguran Anak Kedua – “Kami Percaya Dengan Takdir & Perancangan Allah…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 7 Mar 2023
Hiburan Thu, 20 Jul 2023
Featured Fri, 7 Mar 2025

Isu Rumah Tangga Bukan Marketing, Isteri Azlan Komen Mengaku Anak ‘Hilang’ Angkara Perbuatan Bakal Madu?

ilam juga berkongsi bahawa kekasih suaminya itu adalah wanita yang bertanggungjawab dalam isu sihir..

Featured Tue, 9 May 2023

Atas Sebab Cinta & Kasih Sayang Kepada Bapa, Krisdayanti Umum Tukar Nama

Saya mahu guna nama seperti dalam kad pengenalan – Kris Dayanti

Trending Mon, 15 Jun 2020
Featured Tue, 30 Aug 2022
Featured Tue, 20 Dec 2022

Tajul Cedera Parah, Pengsan Gara-Gara Kehilangan Banyak Darah

Allahuakbar luka tu.. Semoga cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan

Hiburan Thu, 25 Jul 2019

Hasrat Tak Kesampaian, Shukri Yahya Reda…

Sabar ya…Insha Allah ada rezeki di masa akan datang. Amin!

error: Content is protected !!