Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin November 3, 2024 @ 1:49pm

Pernah Layak Ke Pentas AJL Bersama Ziana Zain, Hasif Upin Cabar Diri Sertai Uji Bakat Calpis Soda OIAM Untuk Serlah Bakat

Biarpun pernah melangkah ke pentas Anugerah Juara Lagu 38 (AJL 38) menerusi lagu Waktu gandingan bersama Ziana Zain, penyanyi Hasif Upin tetap mencuba nasib menyertai uji bakat Calpis Soda One in A Million (OIAM).

Uji bakat mencari peserta OIAM diadakan di Karnival Jom Heboh (KJH) Johor Bahru 2024, bermulai semalam dan hari ini (Sabtu dan Ahad), bertempat di Padang B, Angsana Johor Bahru Mall bermula pada jam 9 pagi hingga 8 malam.

Sebelum ini, Hasif telah memuat naik video uji bakat secara dalam talian di platform TikTok, tetapi tidak menyangka apabila dapat tahu uji bakat secara terbuka ada di KJH Johor Bahru dan dia tidak teragak-agak mencuba nasib ke sesi uji bakat terbuka.

Walaupun sudah berada di pentas besar AJL 38, Hasif tetap merasakan bahawa pencapaiannya masih belum memadai.

“Saya tahu tentang OIAM, tapi tak sangka ada sesi ujibakat dekat Johor! Baju pun tak sempat nak sediakan betul-betul.

‘’Sebelum saya sertai audition OIAM ini pun, saya dah anggap macam saya ni seperti peserta lain.. Orang biasa lah kita katakan.

“Walaupun saya dah bergelar penyanyi, tapi bagi saya bakat-bakat baharu di luar sana memang hebat-hebat belaka. Jadi, kalau ada rezeki untuk menang, saya akan bersyukur.

“Sebenarnya, hadiah ini adalah bonus bagi saya. Apa yang paling penting, saya ingin menunjukkan bakat dan persembahan saya kepada semua netizen. Sejak dulu lagi, saya telah bercita-cita untuk menyertai program realiti, tetapi hingga kini, belum ada rezeki untuk melakukannya,” katanya.

Dalam pada itu, Hasif cuma ingin membuktikan kepada semua bahawa dia mempunyai bakat menyanyi yang tersendiri.

Hasif ingin membuka mata penonton atau pendengar yang beliau boleh pergi ke peringkat yang lebih besar di masa akan datang.

“AJL adalah satu pentas yang besar dan saya pula diberi peluang untuk berduet bersama Ziana Zain pada waktu itu. Saya sebenarnya belum betul-betul puas menyanyi semasa di AJL 38, namun saya tetap rasa bersyukur.

“Sejujurnya, sebagai seseorang penyanyi, saya cuma ingin menunjukkan bakat saya ini dengan lebih meluas,” katanya lagi.

OIAM membuka pintu kepada semua bakat Malaysia, Singapura, Brunei atau negara lain, yang berusia 15 tahun ke atas secara solo, duo atau berkumpulan.

Peserta berminat hanya perlu membawa minus one sendiri (MP3) lagu pilihan masing-masing selain gambar berukuran pasport dan 4R.
Johor dipilih sebagai lokasi pertama bagi sesi ujibakat pencarian bintang baharu OIAM dengan pemenang akan membawa pulang hadiah yang bernilai sehingga RM1 juta.

Selepas Johor Bahru, uji bakat bersemuka OIAM akan diteruskan lima lokasi seluruh Malaysia iaitu di Sabah, Pulau Pinang, Pahang dan Kuala Lumpur, pada setiap hujung minggu antara 9 hingga 17 November ini, dengan lokasi uji bakat akan diumumkan dalam masa terdekat.

Namun jika tidak berkesempatan menyertai sesi uji bakat secara bersemuka, peserta berminat boleh menyertai uji bakat secara dalam talian bermula pada 1 hingga 17 November ini.

Peserta hanya perlu memuat naik video nyanyian mereka berdurasi seminit di TikTok dengan hashtag rasmi #CalpisOIAMTV3 dan #SegarRasaSodapSuara.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 4 Mar 2018

Akauntan Ditipu Sindiket Pinjaman Wang Dari Facebook

Akibat terlalu mudah percaya terhadap iklan pinjaman wang di Facebook, seorang akauntan berputih mata dan menanggung kerugian sebanyak RM132,120 selepas ditipu sindiket menawarkan pinjaman wang yang tidak wujud. Menurut sumber, kejadian itu bermula pada awal […]

Hiburan Mon, 26 Mar 2018

Panas! Konsert Mentor Otai Jadi Tumpuan

Setelah hampir seminggu para protege mempelajari lagu tugasan masing-masing dan malam tadi, mereka telah menunjukkan kekuatan vokal mereka bukan sahaja kepada Mentor mereka, tetapi buat para penonton di rumah mahupun dan juga di studio

Hiburan Mon, 13 May 2019

E1 Gamit Raya Zaman Dulu Dalam Rindu Lebaran

Babak mengejar ayam memang paling mencabar tambah pula kami bertiga tak pandai pegang ayam sangat.

Featured Thu, 14 Oct 2021

Kompaun Buat Pengguna Sijil Palsu Vaksin

Pihak polis akan memeriksa mana-mana Individu yang ingin melakukan percubaan menggunakan sijil vaksinasi palsu untuk merentas negeri. Menurut Senior Asisten Komisioner (SAC) Gerakan, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, SAC M […]

Hiburan Sat, 25 Jan 2025
Trending Thu, 4 Apr 2019

为什么女人比男人长寿?10张照片完整解答

科学家告诉我们:女人比男人长寿的原因相当多,其中就因为男生大脑的额叶发展比女生来得缓……

Hiburan Thu, 12 Sep 2019

泰风来袭!dimsum 携9位泰星来马开唱

泰风来袭!dimsum携9位泰星来马开唱,Sunny和霸总Tor 11月来马会粉丝。

error: Content is protected !!