Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 4, 2024 @ 9:55am

Tampil Serba Hitam, Diana Danielle Manis Hadir Ke Mahkamah Syariah Bagi Fail Cerai Terhadap Farid Kamil

Penyanyi dan pelakon, Diana Danielle kelihatan tenang dan manis tersenyum ketika hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur bagi pendaftaran rujuk dan pemfailan cerai terhadap suaminya, aktor Farid Kamil.

Diana memakai jubah serba hitam hadir ke mahkamah pada jam 9 pagi bersama peguam syariah mewakilinya, Datuk Akberdin Abdul Kadir.

Katanya, dia menyerahkan semuanya kepada keputusan mahkamah dan mengharapkan yang terbaik, namun Diana turut menegaskan proses perceraian ini tidak seharusnya berlarutan.

“Saya harap yang terbaik untuk kami berdua. Saya rasa kalau panjang-panjang tak perlu. Saya berserah, sebab apa yang kita buat hanya merancang dan selebihnya kita tengok apa yang penghujungnya,” katanya.

Akberdin pula berkata permohonan itu dibuat susulan tiada persefahaman.

“Boleh dikatakan mereka tiada persefahaman. Hari ini kami hanya failkan dan akan dapatkan tarikh kemudian,” katanya.

Aktres filem popular Imaginur ini pada awalnya enggan memberikan komen sepanjang menuju ke bilik pendaftaran, namun emosinya baik dan Diana memberikan kerjasama menjawab pertanyaan media sepanjang menuju ke bilik pendaftaran.

Pada 28 Oktober lalu, Diana mengejutkan ramai apabila dia nekad mahu bercerai buat kali kedua terhadap Farid dalam satu hantaran dimuat naik di Instagram.

Namun begitu, Farid memaklumkan konflik hubungan antara mereka berdua hanya disebabkan oleh perselisihan faham kecil, yang dianggap satu kebiasaan buat pasangan suami isteri lain.

Terdahuli, Diana dan Farid pernah sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 10 Ogos 2023.

Tidak lama kemudian, mereka kembali rujuk selepas sebulan bercerai.

Mereka berkahwin pada 3 November 2012 serta dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 2 Jan 2019

HaHa and Byul are Expecting Their 3rd Child!

Congratulations to the couple!

Hiburan Thu, 13 Sep 2018

Zarina Anjoulie Kutuk Minah Dagu Senget, T***k Mini Sajat?

Zarina Anjoulie label wanita ini sebagai…

Featured Tue, 24 May 2022

“Benda Itu Terlalu Murah…” – Meerqeen Tolak Gimik Untuk Promosi Drama

Betul cakap Meerqeen, penonton nak tengok drama bukan nak tengok gimik…

Hiburan Wed, 8 Apr 2026

Demi Kesihatan Mental, Mimi Lana ‘Berehat’ Daripada Aplikasi Threads

Mimi turut memberi peringatan kepada orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan akaun palsu

Hiburan Sun, 21 Jan 2024
Hiburan Tue, 8 Oct 2019

Stacy Tunggu ‘Jodoh’ Terbaik?

Kerja tetap kerja…

Trending Fri, 25 Dec 2020
Trending Thu, 1 Nov 2018

Penyelam Indonesia Temui Kotak Hitam Pesawat JT 610

Difahamkan, kotak hitam itu berwarna oren dan dalam keadaan sempurna.

error: Content is protected !!