Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 4, 2024 @ 7:29pm

Tampil Berkemban, Nonny Nadirah Luah Rasa Berang, Dakwa Individu ‘Curi’ Tiga Lagu Ciptaannya – “Itu Hak Saya!”

Penyanyi sensasi, Nonny Nadirah tampil meluahkan rasa kesal terhadap individu yang didakwa telah ‘mencuri’ tiga lagu hasil karyanya sendiri.

Menerusi video di Instagram (IG), Nonny memuat naik video sedang berkemban sambil menyanyikan salah satu lagu ciptaannya iaitu berjudul Manja.

“Ada demo dekat IG lagu Rintih, Bulan dan Manja. Yang saya nyanyi sekarang ini lagu Manja.. semua saya tulis sendiri. Pencuri tu ambil semua lirik saya.

“Dia nak ambil semua lagu saya. Hidup dia akan bahagia tak kalau buat orang macam ni? Itu hak saya! Saya ada dalam industri ataupun tidak, itu tetap hak saya,” katanya.

Nonny bagaimanapun telah memaafkan individu tersebut yang dilabel sebagai seorang yang tamak.

“Takut sebelum merangkak masuk liang lahad, Allah tunjuk kezaliman kau secara terang-terangan terhadap hamba Allah yang lain.

“Aku maafkan demi Allah. Untuk izinkan tidak sama sekali sampai mati. Kau hiduplah dengan hasil perbuatan tangan kau sendiri, PENCURI YANG TAMAK!,” tulisnya di kapsyen.

Sebelum ini, Nonny pernah mencetuskan kontroversi dengan memuat naik video membotakkan kepala dan menari sambil bertuala, selain pernah memuat naik foto separuh bogel, berendam dalam baldi.

Manakala, dalam hantaran berlainan, Nonny menegaskan dia hanya sekadar menjual produk dan tidak akan menjual tubuh badannya semata-mata demi cepat kaya.

Terdahulu, Nonny menerusi temu bualnya bersama media menolak dakwaan kononnya video panas yang dimuat naik di Instagram itu hanyalah mahu mencari publisiti murahan atau cuba menjadi ‘attention seeker’.

Artikel Berkaitan: Nonny Nadirah Dedah Sihir Punca Kembali ‘Free Hair’, Mengaku Masih Berpegang Teguh Ajaran Al-Quran & Hadis

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 8 Sep 2022
Featured Mon, 17 Apr 2023
Hiburan Mon, 5 Aug 2019

Bob林盛斌担正《财神2020》男一!首次挑战爸爸角色思绪混乱

贺岁电影《财神2020》 正式拜神开镜!男主角也揭晓由香港喜剧演员Bob林盛斌出演,这次在片中他更会有20岁的儿子,让39岁的他顿时陷入混乱,直呼「到底他是我弟弟或是儿子?」

Hiburan Mon, 11 Feb 2019

“I Feel the Emptiness from Every So Often…” – Taemin on Jonghyun’s Absence

It’s been more than a year but the members still get affected every once in a while.

Hiburan Sat, 30 Dec 2017

10/10 AKSI CIUM BELLA DAN ENGKU EMRAN?

Namun, ugutan dari Bella itu disifatkan sebagai ugutan romatik dan rata-rata peminat menyifatkan pasangan ini adalah pasangan yang bahagia

Trending Thu, 2 Apr 2020
error: Content is protected !!