Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin November 6, 2024 @ 11:07pm

Minat Arwah Saleem Sejak Zaman Sekolah… Charly Setia Band Jadikan Iklim, Stings, Exists Sebagai Rujukan

Vokalis kumpulan popular Indonesia Setia Band, Charly Van Houten, 44, pernah menanam impian untuk berduet dan menjalin kerjasama dengan penyanyi legenda tempatan, Allahyarham Saleem namun hasratnya tidak menjadi nyata.

Menurut pelantun lagu Asmara, vokalis kumpulan Iklim itu merupakan penyanyi yang dikagumi sejak zaman persekolahan sekolah dan menganggap figura asal Terengganu itu sebagai idolanya.

“Sebenarnya, memang saya teringin sangat menjalin kerjasama dengan arwah Saleem. Saya masih ingat lagi, dia dan kumpulan Iklim pernah menjadi band yang membuat persembahan pembukaan di konsert saya di Malaysia sekitar 2007. Namun begitu, saya tidak berkesempatan untuk bertemu dengan arwah. Terbit sedikit rasa ralat tak dapat berduet dengan Saleem.

“Saya memang meminati muzik Saleem sejak sekolah lagi, dia memang salah seorang idola saya dalam muzik. Di Malaysia, pada saya tiada lagi orang seperti dia yang mempunyai karisma, saya banyak belajar bagaimana menyanyi dengan tulus itu melalui Saleem, nyanyian arwah mempunyai ‘feel’ yang baik,” katanya kepada XTRA.

Tambah Charly yang merupakan bekas vokalis ST12, dia banyak merujuk kumpulan muzik yang popular di Malaysia dan Indonesia sebagai rujukan untuk mencipta sesebuah karya.

“Bagi kumpulan ST12 dan secara peribadinya, saya banyak mengambil rujukan dari kumpulan di Malaysia seperti Stings, Iklim dan Exists.

“Deretan kumpulan itu yang memberi inspirasi sehingga saya mampu berkarya dan menghasilkan lagu-lagu di ST12 bahkan menjadi kumpulan pelopor Melayu terlaris di Indonesia.

“Pada saat itu, ST12 membuka sejarah bukan hanya menjadi kumpulan yang ‘booming’ tapi merubah peradaban muzik pada saat itu,” jelas penyanyi lagu Stasiun Cinta itu.

Charly ditemui di sidang media Konsert Muzik Harmoni Setia di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur pada Rabu.

Konsert Muzik Harmoni Setia yang bakal menampilkan Charly bersama Peppeng, bekas pemain gitar ST12 dan beberapa artis undangan istimewa bakal diadakan di Mega Star Arena Kuala Lumpur pada 7 Februari 2025!

Dapatkan tiket Konsert Muzik Harmoni Setia di www.ticket2u.com.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 26 Jun 2018

Baru Kenal Tiga Bulan, Baim Wong Nekad Lamar Kekasih!

Pelakon kacak ini tidak menunggu waktu lama untuk menyunting Paula Verhoeven. Selamat Pengantin Baru, Baim dan pasangan. Memang cantik bakal isteri Baim, tahniah!

Featured Thu, 23 Dec 2021

Rai Birthday Suami, Cardi B Hadiahkan Offset RM8 Juta

Anggota kumpulan rap Migos, Offset baru sahaja menyambut hari kelahirannya yang ke-30 tahun pada 14 Disember lalu. Bersempena dengan hari jadinya, Offset telah mengadakan majlis hari jadi bertemakan kasut di Sneakertopia di Los Angeles, Amerika […]

Trending Fri, 15 Jan 2021
Hiburan Mon, 9 Sep 2019
Hiburan Tue, 6 May 2025

Netizen Teruja Tengok Gelagat Lisa Surihani Beri Sokongan Pada Yusry Di Konsert GenKRU

Lisa Surihani kelihatan menyanyi dengan penuh penghayatan ketika konsert berlangsung.

Hiburan Wed, 15 May 2019

Dulu Playboy, Amir Hasan Mengaku Dah Insaf

Wow, betul power ni ada 13 bekas teman wanita.

Hiburan Fri, 15 Mar 2019
Events Sat, 12 Nov 2022

SFMM37: Bakal Bersaing Dengan Marsha Milan & Ernie Zakri… “Tipulah Kalau Saya Tak Pressure” – Aina Abdul

Penyanyi Aina Abdul bakal bersaing dengan dua penyanyi hebat, Ernie Zakri dan Marsha Milan di Separuh Akhir Muzik Muzik 37 (SFMM37). Mengakui dia merasakan kehangatan persaingan, Aina menghormati Marsha dan Ernie sebagai penyanyi yang lebih […]

Trending Sat, 6 Feb 2021

7,000 Ahli SENIMAN Mohon Tetapkan SOP Penggambaran

Ramai juga yang mohon SOP penggambaran dipercepatkan

error: Content is protected !!