Euforia Bola 2026
Events By: Dharnieya Nur Amelsa November 12, 2022 @ 6:33pm

SFMM37: Bakal Bersaing Dengan Marsha Milan & Ernie Zakri… “Tipulah Kalau Saya Tak Pressure” – Aina Abdul

Penyanyi Aina Abdul bakal bersaing dengan dua penyanyi hebat, Ernie Zakri dan Marsha Milan di Separuh Akhir Muzik Muzik 37 (SFMM37).

Mengakui dia merasakan kehangatan persaingan, Aina menghormati Marsha dan Ernie sebagai penyanyi yang lebih senior.

“Tipulah kalau kata tak pressure… Of course pressure, but their both rakan artis yang paling saya hormati.

“Mereka memulakan perjalanan mereka lagi awal daripada saya, jadi saya antara junior atau boleh dikatakan rakan artis yang selalu looking forward to their project,” katanya.

Tambah Aina, dia akui teruja dan turut berasa gementar kerana ramai yang selalu membandingkan mereka bertiga.

Namun, bagi Aina, ini adalah satu adat pertandingan dan dia hanya mahu menyanyi dengan baik dan tenang.

“Saya excited dan juga nervous sebab saya tahu di luar sana orang selalu compare kami bertiga.

“Tapi bagi saya itulah adat pertandingan dan I’m good with them.

“I just wanna sing dengan baik dan tenang,” akhiri Aina.

Untuk info, SFMM37 akan diadakan secara langsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral pada 25 November 2022 (pukul 3.00 petang – 6.00 petang) dan 26 November 2022 (pukul 3.00 petang – 5.30 petang) di TV3 dan strim HD secara langsung di www.tonton.com.my.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 13 Dec 2019

Azhan Rani Mahu Lebih Dari Trofi?

Pelakon, Azhan Rani yang juga pemenang trofi Antagonis Pilihan, Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2019 berpendapat sudah tiba masanya pelakon diberi pengiktirafan selain daripada menerima trofi apabila memenangi sesuatu anugerah.  Memetik laporan BH Online, […]

Hiburan Mon, 22 Sep 2025
Trending Sat, 10 Feb 2018

AJL32: PENTAS AJL BERHANTU????

Pentas AJL berhantu??? Alamak! macam mana tu?

Events Mon, 6 Jan 2020

Love At First Sight Hanya Di Mangala Resort & Spa

Mangala Resort & Spa, Gambang, Kuantan Memukau dan mempesonakan!

Hiburan Mon, 29 Aug 2022

Pablo Amirul Pernah Tak Puas Hati Dengan Pihak TUDM Gara-Gara….

Haa tak puas hati sebab apa tu? Biasalah kan terasa hati tu lagipun untuk kebaikan..

error: Content is protected !!