Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 9, 2024 @ 2:18pm

“Fazura Boleh Nyanyi, Cuma Perlu Ambil Kelas Vokal” – Ajai

Komposer dan penyanyi terkenal, Ajai menyatakan berpendapat bahawa aktres dan selebriti jelita, Nur Fazura boleh menyanyi namun perlu menghadiri kelas vokal.

Memetik laporan Berita Harian, Ajai atau nama lengkapnya Mohd Faizal Maas, 50, berkata Fazura perlu mencari peluang untuk memperbaiki nyanyiannya.

“Sebenarnya, saya tak berminat nak komen bila tidak menghakimi seseorang dalam pertandingan. Saya dapat melihat nyanyian Fazura secara singkat di Instagram.

“Saya bukannya ‘kaki periksa’ kalau tiada kena mengena dengan saya. Bagi saya, penyanyi kena tahu mengenai bunyian. Dalam nyanyian ada penyanyi yang bagus menyanyi, tetapi tiada tarikan.

“Tapi, saya merasakan Fazura boleh menyanyi. Sebaga individu memiliki ramai peminat, Fazura sepatutnya ambil inisiatif untuk ‘upgrade’ vokal dan bunyian yang sedap.

“Setahu saya, Fazura bekerja dengan mereka yang profesional. Jadi, inilah peluang untuknya besarkan lagi bakat,” katanya.

Sementara itu, Ajai turut memberi pesanan kepada Fazura untuk mencari produser yang boleh meggilapkan lagi bakat nyanyiannya seiring dengan peredaran zaman teknologi masa kini.

“Dia perlukan produser yang tepat sebab nyanyian bukan soal ada vokal tinggi, akan jadi bagus. Kena ada bunyi sesuai dipanggil ‘easy listening’ yang tidak mencederakan vokal.

“Produser juga kena tahu kemampuan nyanyian seseorang penyanyi. Cuma kena ingat pendengar sudah pandai mendengar kerana ada pelbagai teknologi yang boleh dilakukan di rumah. Ilmu muzik juga kian meluas bukan hanya di studio rakaman boleh belajar di rumah juga,” katanya lagi.

Terdahulu, tular sebuah video memaparkan Fazura pertama kali membuat kemunculan menyanyikan lagu Bertahan Demi Cinta secara langsung di sebuah program bual bicara di Jakarta, Indonesia, baru-baru ini.

@xtra_my

Tahniah Fazura❤️ Sedih betul lagu ni.. #fyp #xtra #fazura #nyanyi #live #bertahandemicinta #beritaditiktok #sembangentertainment

♬ original sound – XTRA – XTRA

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Promosi Single ‘Bertahan Demi Cinta’ Di Indonesia, Nur Fazura Kongsi Perasaan Selepas Bercerai – “Tiada Penyesalan”

Artikel Berkaitan: Nyanyian Fazura Raih Perhatian, Abby Abadi Pula Tampil Backup – “Kalau Maki Dapat Apa? Comel Je Dia Nyanyi”

Artikel Berkaitan: Rashidi Ishak Sifatkan Fazura ‘Tone Deaf’, Mohon Pengurus Cari Guru Vokal – “Saya Pasti Dia Boleh, Terpulang Nak Atau Tak Nak Je”

Artikel Berkaitan: Sharnaaz Ahmad Komen Nyanyian Fazura,  Minta Asah ‘Skill’ Nyanyian – “Bila Dia Kena Macam Ni Aku Kesian”

Sumber: Berita Harian

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 2 Aug 2018

Bimbang Diancam Stalker, Pemandu Bas Berbaju Kalis Peluru Setiap Hari

Imre Marton, memakai baju kalis peluru itu setiap hari kerana bimbang pengendapnya, Charlie Howells, bertindak di luar kewarasan.

Hiburan Tue, 2 Oct 2018

3.6 Juta Penonton Da’i Musim Keenam

Alhamdulillah…Da’i Pendakwah Nusantara musim ke-6 terus kukuh sebagai program realiti No.1 Malaysia, apabila berjaya meraih rating terkumpul sebanyak 10 juta penonton selama 11 minggu bersiaran.

Featured Thu, 23 Jun 2022
Hiburan Mon, 14 Jan 2019

Haneesya Hanee Juara Dewi Remaja 2018/2019, Tahniah!

Tahniah si cantik manis, you deserved it girl!

Hiburan Fri, 15 Jul 2022
Featured Mon, 12 Jan 2026

Aisha Retno Menangis Lagu Ciptaannya ‘Kesuma’ Didendangkan Di Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza

Aisha mengakui tidak mampu menahan sebak apabila lagu yang ditulis dan dihasilkan bersama adiknya itu didendangkan secara langsung di hadapan kira-kira 65,000 penonton.

Hiburan Fri, 10 May 2019
Featured Tue, 26 Dec 2023
Featured Sat, 21 Jan 2023

Cecah Puluhan Juta? Siti Nurhaliza Tampil Perjelas Spekulasi Kediaman Mewah Di Dubai

Wow betul ke puluhan juta 🤩 Haa Tokti dah jawab tu!

error: Content is protected !!