Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 11, 2024 @ 5:21pm

Mengaku Bersalah Tak Bayar Caruman Perkeso, Shuib & Pengarah Bubblebee Didenda RM17,500

Pelawak, Shuib bersama pengarah syarikat Bubblebee Sdn Bhd, Kho Choon Guan, 33 diarahkan untuk membayar denda berjumlah RM17,500 setelah mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan termasuklah tunggakan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) tahun lalu.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 40, dan Koh Choon Guan dijatuhi hukuman tersebut selepas membuat pengakuan bersalah terhadap semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret, Ameera Mastura Khamis.

Pihak mahkamah membenarkan syarikat tersebut membuat bayaran denda bagi tunggakan caruman kepada PERKESO secara ansuran sebanyak enam kali.

Syarikat Bubblebee mengaku bersalah atas tiga pertuduhan sebagai majikan utama kepada seorang lelaki berusia 25 tahun, iaitu gagal membayar caruman majikan dan pekerja kepada PERKESO pada bulan Oktober hingga Disember 2023 lalu berjumlah RM97.80.

Manakala, pertuduhan keempat hingga keenam pula membabitkan syarikat tersebut mengaku bersalah gagal membayar caruman keseluruhan RM17.40 kepada lelaki sama untuk tiga bulan.

Difahamkan, perbuatan tersebut berlaku di syarikat Bubblebee yang terletak di Taman Industri Alam Perdana, Taman Putra Perdana, Puchong pada 16 November 2023 hingga Januari lalu.

Bagi pertuduhan ketujuh pula, Bubblebee didakwa gagal mematuhi saman di bawah Seksyen 110 (1) Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 di Pejabat PERKESO Selangor pada 10 Januari lalu.

Sumber: Sinar Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 11 May 2022
Trending Thu, 9 May 2024
Featured Wed, 6 Apr 2022

Rangka Manusia Dipercayai Mati Dibunuh Di Australia Sah Rakyat Malaysia

Mangsa Choi Khai Wong dipercayai mati antara 25 Disember 2020 hingga 8 Januari 2021.

Featured Tue, 15 Jul 2025
Hiburan Mon, 8 Jun 2026

Momen DSV, Datuk Fazley Bertaranum Baca Al-Quran Curi Perhatian Ramai – “Nak Jadi Imam Kena Pandai Mengaji”

DSV dilihat tekun mendengar Fazley memperdengarkan bacaan Surah Al-Fatihah

Trending Fri, 13 Apr 2018

Khloe Kardashian Selamat Melahirkan Anak Perempuan Tetapi…

Haih, tak sah kalau tak ada drama dalam situasi yang melibatkan keluarga Kardashian ini!

Featured Wed, 11 Dec 2024
error: Content is protected !!