Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 12, 2024 @ 6:21pm

“Kesilapan Saya Anggap Anak Sebagai Kawan” – Nourul Depp Nasihat Ibu Bapa Perlu Letak Batas

Penyanyi, Nourul Depp mengakui menganggap anak sebagai kawan adalah satu kesilapan yang dilakukannya.

Nourul atau nama sebenarnya Noorulhuda Abdul Wahab, 47, berpendapat bahawa ibu bapa perlu meletakkan batas terhadap anak-anak.

“Kesilapan saya, saya buat anak saya sebagai kawan. Saya tak ada batas dengan dia, silap saya.

“Kamu nak buat anak sebagai kawan, boleh tetapi tetapkan batas bahawa kita ni ibu bapa mereka.

“Kalau kita tak buat begitu, tak ingatkan mereka tentang batas mereka akan lupa,” katanya dalam sepotong video ceramah Fire Talk by Nourul di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FIRETALK (@firetalk_by_nourul)

Sementara itu, Nourul berkata ibu bapa perlu mengambil kira mengenai perasaaan anak-anak sebelum membuat sebarang keputusan.

“Salah satu keputusan saya tapi ia yang paling memberi kesan mendalam adalah kepada anak saya.

“Saya tahu dia mencari cinta dan kepastian. Dia mencari kebahagiaan dia sendiri. Saya rasa sebagai ibu bapa kita kita dah bagi segalanya,” katanya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FIRETALK (@firetalk_by_nourul)

Sebelum ini, Nourul meluahkan rasa rindu terhadap anak perempuan sulungnya, Ayu Nazirah.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Nourul mengimbau momen ketika bercuti bersama Ayu di Sydney, Australia.

Nourul seolah-olah berkata dia mampu untuk meneruskan kehidupannya selepas melepaskan dan menerima takdir yang berlaku terhadap hubungan bersama anaknya itu.

Artikel Berkaitan: “Kuasa Melepaskan, Satu Hari Nanti Awak Akan Sedar…” – Nourul Depp Luah Rasa Rindu Pada Ayu Nazirah

Artikel Berkaitan: “Sakit Bila Anak Tinggalkan Kita Atas Sebab Tertentu” – Nourul Depp

Artikel Berkaitan: “Mereka Dah Bermaafan” – Ajai Bersyukur Hubungan Ayu, Nourul Depp Kembali Pulih

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 10 Nov 2023

Comelnya! Kongsi Momen Photoshoot Saif Sulaiman, Netizen Teruja Tengok Safawi Rasid Dukung Anak

Walaupun pegang macam bola tapi cute sangat family ni kan😍😍😍

Events Thu, 28 Nov 2024

Bekpes Hot Baca Nama Graduan Sempena Majlis Konvokesyen UKM! Johan Paling Power, Sampai Mic Pun Boleh Jatuh

Johan kelihatan diberi tugas membaca nama-nama graduan sempena Majlis Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Ke-52 baru-baru ini.

Featured Wed, 22 Jan 2025
Hiburan Thu, 24 Jan 2019

Amrita Soon Launches Second EP Called “Familiar Strangers”

There will be a launching party in February too!

Hiburan Fri, 6 Dec 2024
Featured Thu, 12 Jan 2023

Bapa Syamel Dimasukkan Ke ICU Akibat Jangkitan Kuman Pada Paru-Paru, Ernie Zakri Mohon Doa

Mari kita sama-sama doakan kesembuhan buat bapa Syamel dan bapa mentua, Ernie Zakri ❤️ Semoga dipermudah segala urusan mereka

Trending Tue, 12 Feb 2019
Events Wed, 24 Aug 2022
Featured Thu, 25 May 2023

[VIDEO] Shila Amzah Nafi Putus Cinta Bersama Ubai – “Kami Okay, Cuma Saya Saja..”

Segala spekulasi telahpun terlerai. Doakan yang baik baik buat pasangan kekasih, Shila & Ubai ok! ❤️❤️

error: Content is protected !!