Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 13, 2024 @ 5:37pm

Shuib Tepis Dakwaan Pergi Umrah Guna Duit Perkeso – “Fitnah Luar Biasa Ni”

Pelawak dan bekas penyampai radio, Shuib menepis dakwaan kononnya dia menggunakan wang Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)  pekerja untuk menunaikan umrah baru-baru ini bersama keluarga.

Kata Shuib, tuduhan tersebut sebagai fitnah luar biasa yang pernah diterimanya.

“Masya-Allah saudara, jauh sangat ni. Duit umrah pakai duit Perkeso? Semoga Allah ampunkan dosa awak ya. Fitnah luar biasa ni,” katanya.

Shuib berkata demikian ketika membalas komen seorang pengguna media sosial pada salah satu posting di Instagram miliknya.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, komen individu berkenaan juga telahpun dipadam, namun rata-rata warganet seakan meninggalkan komen sarkastik apabila meminta Shuib untuk membincangkan topik berkenaan caruman Perkeso pada episod Dol’s podcast selepas ini.

Terdahulu, Shuib didenda sebanyak RM17,500 selepas mengaku bersalah terhadap tujuh pertuduhan, termasuklah tunggakan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) tahun lalu yang melibatkan perniagaannya.

Menyifatkan perkara tersebut sebagai ujian dalam perniagaan, Shuib bagaimanapun menganggap ia adalah adat dalam perniagaan.

ARTIKEL BERKAITAN:Kesal Suami Difitnah Seleweng Duit Syarikat, Watie Hanifiah Dedah Shuib Guna Wang Simpanan Bayar Gaji Pekerja

ARTIKEL BERKAITAN:Mengaku Bersalah Tak Bayar Caruman Perkeso, Shuib & Pengarah Bubblebee Didenda RM17,500

ARTIKEL BERKAITAN:Kesal Suami Difitnah Seleweng Duit Syarikat, Watie Hanifiah Dedah Shuib Guna Wang Simpanan Bayar Gaji Pekerja

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 8 Apr 2019

Majlis Kahwin Anak Dikecam Netizen,Normah Damanhuri Mohon Maaf

Normah mewakili keluarganya sekali lagi memohon maaf di atas apa yang berlaku.

Trending Fri, 18 Dec 2020
Hiburan Wed, 13 Dec 2023
Featured Fri, 8 Jul 2022
Trending Fri, 17 Nov 2017

Rumah Sewa Hancur, Penyewa Hanya Mesej Untuk Keluar Rumah

Bila Penyewa Kata Nak Keluar Rumah, Cuma Mesej Bagitahu Tinggal Kunci Kat Dalam, Lepas Tu Terus ‘Block’ Nombor Kita

Hiburan Wed, 5 Jun 2024
Featured Tue, 2 Jul 2019

Cantik & langsing bak Kilafairy. Ini rahsianya!

Anda pun boleh jadi sepertinya!

Hiburan Sun, 13 May 2018

Soal Berhijab, Sarah Minta Doakan Yang Terbaik!

Tambah Sarah, pemergiannya kali ini adalah lebih istimewa kerana bersama suami tercinta. Alhamdulillah…

error: Content is protected !!