Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin November 13, 2024 @ 5:54pm

Media Prima Audio Utuhkan Kedudukan, Hot FM Kekal Sebagai Stesen Radio No. 1 Malaysia Dengan Hampir 4 Juta Pendengar Mingguan

Laporan terkini dari Kajian Nielsen Consumer & Media View (CMV) Survey 1, 2024 (Julai 2023 – Jun 2024) sekali lagi membuktikan hubungan yang rapat antara rakyat Malaysia dan stesen radio kegemaran mereka.

Dengan 5.8 juta peminat yang mendengar setiap minggu, radio kekal sebagai sebahagian penting dalam kehidupan harian seluruh negara dengan menawarkan keselesaan, muzik, dan kisah yang menyentuh hati.

Hot FM: Masih Kekal Stesen Radio No #1 di Malaysia

Hot FM terus meraih kepercayaan dan kesetiaan rakyat Malaysia, mengukuhkan kedudukannya sebagai stesen radio nombor 1 di negara ini dengan 3.8 juta peminat. Dalam slot waktu 9 pagi hingga 11.59 pagi, stesen ini mencatatkan peningkatan sebanyak 12.3 peratus, membuktikan bahawa rakyat Malaysia suka memulakan hari mereka dengan gabungan muzik, hiburan dan perbualan yang menarik dari Hot FM.

“Kami sangat berbangga dapat mengekalkan kedudukan teratas. Ini adalah cerminan dari ikatan mendalam yang kami kongsi bersama peminat kami.

“Setiap rancangan, lagu, dan kandungan yang ada di Hot FM dibuat khas untuk peminat kami. Ini kerana kami nak pastikan bahawa kami sentiasa dekat bersama peminat dan komuniti di Malaysia. Kerana mereka mendengar kami, kami juga mendengar mereka.

“Kami juga sentiasa berusaha untuk mencipta kandungan yang mereka gemari, sama ada melalui pengalaman yang tidak dapat dilupakan seperti Bekpes Hot 5KM Fun Run, OB di dalam kereta api, atau peraduan-peraduan yang menarik,” kata Raja Khairil Idris Raja Aznan selaku Pengarah Kandungan Senior Hot FM.

Fly FM: Fokus kepada Apa yang Penting

Fly FM telah berkembang sebanyak 12.8 peratus, meraih 2.4 juta peminat, sebagai bukti komitmen Fly FM terhadap muzik tempatan dan meraikan wira tempatan. Peminat menerima kehadiran Fly FM dalam kehidupan mereka setiap hari, tertarik dengan lagu-lagu yang mencerminkan apa yang paling penting kepada mereka.

Kool 101: Menghubungkan Melalui Kandungan Yang Menyentuh Hati

Kool 101 mencatatkan peningkatan yang mengagumkan sebanyak 65.4 peratus, dengan jumlah peminat mencecah 387,000 orang. Pertumbuhan ini, terutamanya dalam slot waktu 9 pagi hingga 11.59 pagi, menunjukkan ikatan peminat Kool 101 dengan lagu-lagu dan kisah yang mencerminkan dunia mereka sendiri, membina rasa kekitaan.

Molek FM: Kebanggaan Pantai Timur

Molek FM mencatat peningkatan sebanyak 202,000 pendengar dengan jumlah 1.07 juta pendengar keseluruhan, sekaligus mengukuhkan kedudukannya sebagai stesen bahasa Melayu terkemuka di Pantai Timur. Setiap kandungan, lagu, dan topik dipilih dengan teliti untuk memastikan Molek FM sentiasa dekat di hati komuniti Pantai Timur.

Eight FM: Suara Kepercayaan Pasaran Cina

Eight FM kekal sebagai pilihan setia bagi 363,000 peminat, menggabungkan perbualan dan muzik yang beresonansi dengan momen harian mereka. Sebagai pemain utama dalam kalangan stesen berbahasa Cina, Eight FM terus menyajikan kandungan yang mencerminkan kehidupan peminat.

Media Prima Audio Mendengar Anda: Janji Kepada Peminat yang Memberi Inspirasi

Peminat akan sentiasa menjadi, keutamaan stesen radio di bawah Media Prima Audio. Suara dan semangat mereka mendorong segala yang mereka lakukan, menginspirasi untuk mencipta kandungan yang bukan sahaja menghibur tetapi juga bermakna.

Seiring dengan pertumbuhan dan evolusi, Media Prima Audio kekal komited untuk mendengar dahulu, menghasilkan rancangan, muzik dan momen yang mencerminkan apa yang paling penting kepada peminat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 22 May 2026

“Selalu Mengaku Ada Boyfriend, Supaya Selamat Daripada Buaya Darat” – Anzalna Nasir Bersuara Isu Selebriti Diganggu VIP

Anzalna mendedahkan caranya menjaga keselamatan diri daripada tidak diganggu VIP atau individu berstatus suami orang adalah dengan sentiasa memberitahu dirinya sudah mempunyai teman lelaki

Trending Thu, 8 Feb 2018

Perut Wanita Mengandung Dibelah Dan Bayinya Diculik

Perut Wanita Mengandung Dibelah Dan Bayinya Diculik

Hiburan Thu, 24 Oct 2019

Sweet Qismina Tampil Kelainan Apa Tu?

Sekali sekala tampil dengan imej yang berbeza apa salahnya kan?

Hiburan Fri, 21 Nov 2025

Ameena Tunai Umrah Bersama Fizi Ali, Shakilla Khoriri Dedah 9 Hari Tak Dengar Khabar Anak – “Umi Tak Berkecil Hati”

Mungkin anak Umi khusyuk menunaikan Umrah sampai terlupa Umi,” – Shakilla Khoriri

Featured Sat, 25 Oct 2025

Angkat Semula Kisah Ikonik AADC, Rangga & Cinta Tampil Dalam Versi Filem Muzikal

Puisi, lagu dan cinta kini bersatu di layar perak menerusi Rangga & Cinta iaitu sebuah filem muzikal arahan Riri Riza.

Featured Sat, 11 Feb 2023
Featured Wed, 3 Feb 2021
Hiburan Tue, 28 Jan 2025
Hiburan Mon, 4 Nov 2019
error: Content is protected !!