Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Padin November 11, 2024 @ 6:27pm

Nak Gunting Rambut? Sekarang Semakin Mudah, Tak Payah Keluar Rumah!

Aplikasi inovatif, myBarber adalah platform yang memudahkan tempahan perkhidmatan penjagaan rambut kepada pelanggan secara dalam talian.

myBarber merapatkan jurang antara pelanggan dan tukang gunting rambut terbaik, menawarkan kemudahan, kecekapan, dan kualiti yang dapat diakses bila-bila masa.

Pengguna boleh menempah temu janji untuk potongan rambut dan keperluan penjagaan lain dengan mudah, menjimatkan masa dan tenaga. myBarber adalah usaha baharu dikuasakan oleh jenama lokal yang tidak asing lagi di Malaysia, TODAK.

Pengasas myBarber, Muhammad Saiful Amirul Nasharuddin berkata, visi perniagaan adalah merevolusikan proses tempahan perkhidmatan grooming tradisional, membolehkan pengguna menempah khidmat potongan rambut, meneroka portfolio barber di kawasan berdekatan dan membuat pembayaran tanpa tunai dengan mudah melalui satu aplikasi.

“Kami berhasrat menjadi destinasi utama untuk semua keperluan penjagaan rambut, mencipta pengalaman lancar dan mudah bagi pelanggan serta tukang gunting,” katanya pada majlis pelancaran aplikasi versi beta, myBarber di SneakerLAH, Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), baru-baru ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif myBarber, Ahmad Hazman Hashri dan pengasas TODAK, Azlan Zainal.

Mengenai ciri-ciri aplikasi myBarber, Muhammad Saiful Amirul berkata, pelanggan boleh mendapat kemudahan tempahan perkhidmatan penjagaan rambut dengan cepat di barbershop atau rumah.

“Pengguna boleh mencari tukang gunting mahir berdekatan dengan melihat portfolio dan memilih berdasarkan ulasan orang ramai.

“Pembayaran juga lancar kerana transaksi tanpa tunai terus dalam aplikasi,” katanya yang terbabit dalam bidang gunting rambut sejak lima tahun lalu.

Muhammad Saiful Amirul berkata, pengguna platform myBarber juga akan diingatkan untuk membuat tempahan seterusnya.

“Aplikasi ini menguruskan pelbagai tempahan dengan cekap menggunakan kalendar terbina dalam.

“Ia membabitkan analisis perniagaan iaitu akses analitik perniagaan, pemantauan kehadiran dan trend tempahan pelanggan.

“Selain itu, platform ini juga memberi sokongan kepada tukang gunting sambilan (bebas) dengan menyediakan perkhidmatan panggilan ke rumah dan membantu meluaskan jangkauan melalui kehadiran dalam talian serta kempen pemasaran, menarik pelanggan baharu dan mengembangkan perniagaan,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Hazman berkata, pelbagai aktiviti menarik dianjurkan pada majlis pelancaran, antaranya sesi pendidikan rambut yang dikendalikan oleh pakar tukang gunting terkenal dan pertandingan ‘barber battle’.

“Sesi pendidikan rambut membabitkan pengalaman pembelajaran yang dikendalikan pakar tukang gunting terkenal, memberikan pandangan tentang isu rambut dan proses penjagaan rambut.

“Pertandingan ‘Barber Battle’ menampilkan tukang gunting berbakat yang bersaing dalam kategori ‘fast fade’ termasuk demonstrasi penjagaan rambut secara langsung untuk menampilkan tahap kreativiti dan kemahiran yang tinggi,” katanya.

Maklumat lanjut mengenai aplikasi myBarber boleh didapati menerusi pautan media sosial seperti laman Instagram: mybarberhq; Facebook: mybarber dan Laman Web: barber.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Thu, 15 Feb 2018

Jangan Sedap Makan Saja! Ini 5 Jenis Bahan Makanan Lazim Yang Boleh Menambahkan Risiko Kanser

Semakin moden dunia kita hari ini, semakin bertambah penyebab yang boleh mengakibatkan kanser, termasuklah apa yang kita makan setiap hari.

Gaya Hidup Fri, 18 Jan 2019

Menangi 1,000 telekung Siti Khadijah secara percuma

Peneraju fesyen telekung lancar laman sesawang mini dan produk baharu

Gaya Hidup Mon, 24 Sep 2018
Gaya Hidup Mon, 10 May 2021

Rekaan Anggun Busana Muslimah Dapat Sambutan

“Alhamdulillah, saya bersyukur dengan sambutan yang diterima daripada pelanggan FaraAlya. Walaupun jenama ini baru sahaja dilancarkan pada April yang lalu, kesemua rekaan habis dibeli. Ini sebenarnya membakar semangat saya untuk terus berbisnes,” kata Datin Hamizan […]

Gaya Hidup Wed, 13 Mar 2024
Featured Mon, 23 Dec 2019

8 teknik pertolongan cemas asas yang anda wajib tahu

Anda boleh selamatkan nyawa seseorang dalam situasi yang cemas.

Featured Wed, 15 Apr 2020

UPSR dan PT3 dibatalkan, SPM, SVM dan STAM ditunda ke suku pertama 2021

Sesi persekolahan hanya dibuka apabila selamat

Gaya Hidup Thu, 17 Oct 2019

Jurufoto ini guna benda biasa sebagai aksesori, hasilnya menakjubkan!

Anda tidak perlu beli peralatan mahal-mahal!

Gaya Hidup Fri, 19 Apr 2019
error: Content is protected !!