Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 14, 2024 @ 3:59pm

Lagu Adele ‘Make You Feel My Love’ Penuh Bermakna Untuk Anak, Ramai Puji Nyanyian Fazura – “Love Your Accent!”

Pelakon, penyanyi dan usahawan jelita, Nur Fazura menyentuh hati ramai selepas berkongsi sebuah video menyanyikan lagu selebriti antarabangsa, Adele berjudul Make You Feel My Love secara duet.

Menerusi ruangan kapsyen di perkongsian tersebut, difahamkan lagu tersebut sangat istimewa di hati Fazura terutamanya bait lirik ‘to make you feel my love’ iaitu dianggap sebagai janji untuk sentiasa ada disisi anaknya, Nur Fatima Aisya.

“Lagu ini lebih istimewa kerana mempunyai makna yang mendalam bagi Fazura, yang sering menyanyikannya sebagai lagu tidur kepada anaknya.

“Baris ayat ‘to make you feel my love’ adalah janji tulusnya untuk sentiasa berada di samping puterinya itu,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata dalam kalangan netizen memuji vokal dan nyanyian Fazura yang dikatakan sampai ke hati pendengar.

@xtra_my

Min suka cover Fazura kalini 😍😘 Merdu sangat!! 💯 #xtra #fyp #fazura #cover #adele #beritaditiktok #sembangentertaiment

♬ original sound – XTRA – XTRA

Sebelum ini, nyanyian Fazura dikritik ketika mempromosikan lagu baharunya berjudul Bertahan Demi Cinta dalam sebuah program bual bicara Indonesia, baru-baru ini.

Aktres filem popular Manisnya Cinta Di Cappadocia itu bagaimanapun tidak mengendahkan segala kecaman dan tohmahan netizen, malah meneruskan kehidupannya seperti biasa.

Artikel Berkaitan: “Fazura Boleh Nyanyi, Cuma Perlu Ambil Kelas Vokal” – Ajai

Artikel Berkaitan: Tiada Istilah Riak, Fazura Mengaku Kehidupan Kini Lebih Tenang &  Bahagia – “Syukur Kepada Allah”

Artikel Berkaitan: “Do Not Settle For Less” – Fazura Kongsi Video Motivasi Buat Golongan Wanita 

Artikel Berkaitan: Fazura Dapat Hak Jagaan Fatima Sepenuhnya, Fattah Diberi Hak Bermalam 2 Kali Sebulan & Lawatan Harian 3 Kali Seminggu

Artikel Berkaitan: Along Kamaludin Minta Rakan Artis Henti Kecam Fazura – “Yang Kutuk Tu Menyanyi Sampai Indonesia Tak?”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 9 Nov 2019

‘Bukan Merajuk Tapi Kecewa’- NCIG Umum Henti Operasi Di Malaysia

Pada masa ini, regulasi yang diguna pakai adalah NCIG hanya boleh memperkenalkan produk cecair elektronik yang mengandungi sifar nikotin di Malaysia.

Featured Fri, 9 Apr 2021

Tindakan Tegas Diambil Jika Palsukan Dokumen Rentas Negeri – Ismail Sabri

Berikutan isu borang rentas negeri yang tular di media sosial baru – baru ini, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengeluarkan amaran supaya mana-mana pihak tidak memalsukan dokumen rentas negeri. “Orang awam perlu […]

Trending Mon, 1 Aug 2022

“Paru-Paru Ada Tar, Dah Rosak” – Alif Satar Dedah Pesakit COVID-19 Merokok Terima Rawatan Berbeza

Alif Satar mendedahkan pesakit COVID-19 yang merokok dirawat dengan cara berbeza.

Featured Fri, 16 Aug 2024
Selebriti Tue, 24 Oct 2023
Featured Tue, 3 Jan 2023
Hiburan Fri, 13 Sep 2019

The Queen Choi Sooyoung of Girls’ Generation Has Come to Conquer YouTube

We stan! Literally, even before anything else, we seriously stan!

error: Content is protected !!