Euforia Bola 2026
Featured By: Attiqah Mohd April 9, 2021 @ 6:03pm

Tindakan Tegas Diambil Jika Palsukan Dokumen Rentas Negeri – Ismail Sabri

Berikutan isu borang rentas negeri yang tular di media sosial baru – baru ini, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengeluarkan amaran supaya mana-mana pihak tidak memalsukan dokumen rentas negeri.

“Orang awam perlu mengikut prosedur yang betul untuk mendapatkan kebenaran merentas negeri dan tidak mengambil jalan mudah dengan memalsukan dokumen berkenaan.

“Borang rentas negeri mesti dibuat di balai polis dengan butiran yang sahih. Jadi, tindakan tegas akan diambil jika ada cop dan tandatangan palsu (pada borang).

“Malah, jika ada orang dalam (salah guna kuasa anggota penguat kuasa), tindakan tegas juga mesti diambil kerana ia satu pelanggaran undang-undang,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Pharmaniaga Berhad (Pharmaniaga) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), di sini, hari ini.

Sumber: BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 28 May 2020
Trending Fri, 13 Nov 2020
Featured Mon, 27 Apr 2026

Anzalna Nasir Tegas Status & Kecantikan Bukan ‘Tiket’ Untuk Sombong

Anzalna Nasir mengaku tiada keperluan untuk seseorang itu bersikap sombong meskipun bergelar artis atau insan biasa.

Hiburan Mon, 17 Nov 2025

“Jangan Kembalikan Aku Pada Versi Yang Kau Tak Reda” – Luahan Syasya Rizal Buat Ramai Tersentuh

Syasya Rizal mendedahkan dia memadam satu persatu foto dan video lama yang tidak menutup aurat

Hiburan Fri, 18 Apr 2025
Trending Sun, 14 Jul 2019

Alahai…Budak Sekolah Pun Dah Pandai Vape Ke?

Anda nak rosakkan diri, silakan. Jangan pengaruhi anak-anak kecil ini. Tolonglah… saya merayu!

Hiburan Fri, 5 Jul 2024

[VIDEO] Cik B Kesal Rakan Baik Curi Hoodie Balenciaga Cecah RM8,000

Nasib baik Allah tunjuk awal siapa kawan yang betul ikhlas dengan Cik B.. Hm 😢

Hiburan Fri, 12 Dec 2025
error: Content is protected !!