Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 16, 2024 @ 4:23pm

“Siti Nurhaliza Selayaknya Terima Gelaran Biduanita Negara, Jasa Beliau Mengatasi Segalanya” – Aina Abdul

Penyanyi vokal lantang, Aina Abdul meluahkan rasa bangga terhadap pencapaian penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang baru sahaja menerima pengiktirafan gelaran, Biduanita Negara ke-3 pada majlis Anugerah Seni Negara 2024 (ASN 2024), pada Rabu.

Ketika ditemui XTRA, pelantun lagu terkenal Jangan Mati Rasa Itu mengakui sosok penyanyi kelahiran negeri Pahang itu telah memberi inspirasi mendalam kepada Aina untuk terus berkecimpung dalam industri muzik.

“Tahniah kepada penyanyi kesayangan kita semua, Datuk Seri Hajah Siti Nurhaliza atas penganugerahan Biduanita Negara ketiga.

“Bila saya tengok beliau mendapat anugerah itu memang selayaknya. Siapa lagi kan? Jasa beliau mengatasi segala-galanya.

“Siti lebih daripada sekadar inspirasi. Saya rasa beliau adalah seorang figura yang sentiasa ada dalam hati saya,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, Aina berkata ibunya, Zaini Abdullah antara individu yang memperkenalkan lagu-lagu Siti kepadanya sejak kecil.

“Ibu saya adalah penyebab saya mengenali beliau. Sewaktu kecil pulang dari sekolah, mak akan buka akan buka televisyen dengar lagu-lagu beliau. Siti idola kita semua,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Aina berjaya melayakkan lagu Puas Sudah ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu (AJL) 39 yang akan berlangsung sekitar awal tahun 2025.

Selain Aina, 9 lagu lain yang bakal berentap di pentas AJL39 adalah Diam (Hael Husaini), Hening Rindu (Marsha Milan), Aura (Ernie Zakri), Terus Bersinar (Hafiz Suip), Pujaanku (Masdo ft Aisyah Aziz), Risiko (Benzooloo ft Tuju & MK K-Clique), Sengaja (Amir Masdi), Saksama (Akim & The Majistret) dan Bukan Lagi Kita (Nadeera).

Kesemua 30 lagu yang bertanding di SFMM39 turut diadili oleh barisan juri profesional, iaitu Edry Abdul Halim selaku ketua juri, Datuk Mokhzani Ismail, Efry Arwis, Ly Baiduri, Helen Yap, dan Ad Samad.

Artikel Berkaitan: Siti Nurhaliza Terima Anugerah Khas Biduan Negara Sempena Anugerah Seni Negara 2024

Artikel Berkaitan: Aina Abdul Dedah Kemunculan Fattah Amin Dalam MV Adalah Pilihan Ibu – “Dia Cakap Kena Ada Hero Dalam MV Ni”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 10 Jan 2019
Hiburan Thu, 7 Dec 2017

BISIK PADA LANGIT BIKIN KONTROVERSI

Tidak semua cerita melayu yang  bila sahaja kita habis menyaksikan filem tersebut, kita akan mendapat input dari cerita itu. Ada cerita Melayu yang kita pergi ke pawagam, menonton cerita itu sehingga habis tetapi, “kosong” dan ada juga yang memberi kesan sehingga kita tersedar dari lamunan.

Trending Thu, 27 Feb 2020

Ibu Ashraf Sinclair Akan Menetap Di Indonesia Bersama Bunga Dan Noah?

Semoga urusan keluarga Sinclair dipermudahkan

Hiburan Thu, 26 Mar 2026

“Padam Video, Tak Perlu Tunjuk Dosa” – PU Riz Tegur Pempengaruh Cacah Tatu Kerana Depresi

PU Riz menyeru agar individu berkenaan kembali kepada jalan yang benar serta mendekatkan diri kepada Tuhan.

Hiburan Thu, 15 Mar 2018

This Is Pilah Bukan Filem Berangan

Gaya percakapan dengan dialek ‘pekat’ Nogori bukan halangan untuk anda menonton filem ini! Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kuala Pilah Datuk Seri Hasan Malek yang turut hadir di majlis pra-tayangan This Is Pilah memberitahu beliau cukup bangga dengan hasil pembikinan filem ini.

error: Content is protected !!