Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin November 16, 2024 @ 6:29pm

Luah Rasa Berang Di TikTok, Bekas Adik Ipar Saman Iqbal Zulkefli Lebih RM5 Juta?

Bekas adik ipar kepada usahawan dan penyanyi Ahmad Iqbal Zulkefli yang dikenali sebagai Ayunie meluahkan rasa berang di TikTok.

Menerusi muat naik video di platform terbabit, Ayunie atau nama sebenar Anes Ayunie Osman, 22, dikatakan mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Iqbal itu sebanyak lebih RM5 juta.

Dakwa Ayunie, tindakan itu dibuat selepas Iqbal dikatakan membuat tohmahan dan memfitnah sehingga mencemarkan maruah dirinya termasuk mengalami kerugiaan dalam perniagaan.

“Kali ini saya nak bersuara sebab sudah penat dengan permainan bodoh ni. Selama ni saya sabar sebab ikut arus undang-undang seperti yang keluar daripada mulut dia (Iqbal).

“Saya sabar dengan segala tomahan, fitnah, perkara tak betul yang dia lemparkan sehingga mencemarkan maruah saya.

“Nak tak nak kali ini dia kena jawab saman saya. Sila hadirkan diri di mahkamah kalau betul dia benar. Sebab saya percaya saya benar.
Saya tak keluarkan apa-apa bukti lagi,” dakwanya.

Ayunie yang juga pempengaruh dan usahawan produk Vitamilk mendakwa Iqbal pernah menyatakan mahu menyaman dirinya dan masih menunggu surat saman itu.

“Saya pelik sebab sebelum ini dia kata nak saman, tapi sampai sekarang tak ada pun.
Siap kata sudah lantik peguam. Tetapi, sudah berbulan lamanya saya tunggu tak sampai pun surat tuntutan ataupun mana-mana surat saman.

“Apabila saya hantar peguam untuk selesaikan hak saya selepas dia mencemarkan nama saya, dan dalam masa sama saya mahu mencari titik noktah, tapi dia jadikan perkar ini satu ‘permainan’ pula. Sehinggakan peguam dia cakap tidak lagi mewakili Iqbal,” dakwanya.

Dakwa Ayunie lagi, tindakan Iqbal itu seolah-seolah sengaja mahu menjadikan ia satu ‘marketing’ dan kepentingan dirinya.

“Apa yang dia cuba buat selama ini adakah untuk ‘marketing’ saja? Puas hati tengok orang bergaduh? Sebelum ni saya dengan adiknya baik-baik sahaja,” dakwanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 27 Nov 2023
Featured Tue, 10 Dec 2024

Zahnita Wilson Syukur Dapat Perintah Perlindungan Interim, Nekad Tuntut Cerai Secara Fasakh

Keputusan itu membuatkan dia merasa lebih bebas untuk keluar bersama anak-anak.

Featured Mon, 27 Mar 2023
Featured Wed, 24 Apr 2024

“Ada Wajah Yang Kita Tak Mahu Berpisah Tapi Terpaksa Melepaskannya” – Datuk Red

Deep betul pesanan Datuk Red. Sebak pula tengok video dia!🤧

Hiburan Sat, 16 Feb 2019

‘ Minta Maaf Atau…’- Misha Omar Kecewa Difitnah Guna ‘Mak Esah’ Di AJL33

Siapa yang tak bengang kan kalau dituduh bukan-bukan? Semoga pihak berkenaan tampil dan mohon maaf kalau tidak…

Hiburan Fri, 29 Aug 2025
Hiburan Wed, 8 May 2019

Anak Belum Usia Setahun, Adira Mengaku Terkejut Hamil Lagi

Anak belum sampai setahun, Adira mengaku terkejut hamil lagi.

error: Content is protected !!