Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin November 19, 2024 @ 2:27pm

Gara-Gara Anak Disamakan Dengan Binatang, Syifa Melvin Akhirnya Buat Laporan Polis

Pempengaruh dan usahawan, Syifa Melvin tidak berdiam diri dengan tindakan tidak bertanggungjawab seorang individu wanita yang menyamakan anaknya dengan haiwan.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Syifa atau nama penuhnya, Nur Syifa Atirah Amirul Melvin, 30, berkongsi sepotong video pendek memperlihatkan dirinya sedang berada didalam sebuah kereta sambil memegang kertas berupa laporan yang dibuat.

Malah, dalam hantaran berlainan pula, Syifa memaklumkan dia akan ke pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk tindakan selanjutnya.

“Maaf lambat buat report awak sebab baru turun dari Bukit Tinggi. Maaf sangat.

“Esok kita pergi MCMC. Malam dah tutup,” kongsinya.

Terdahulu, penyanyi rap Caprice juga ada berkongsi mengenai isu ini menerusi platform sama sekaligus menasihatkan agar Syifa membuat laporan terlebih dahulu sebelum cuba mengesan individu berkenaan.

“We understand you anger, buat laporan dahulu, and then try dan cari,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Anak Digelar B*bi, Syifa Melvin ‘Naik Hantu’… Nekad Cari Netizen Mulut Puaka

ARTIKEL BERKAITAN:Syifa Melvin Rimas, Minta Individu ‘Stop’ Periksa Telefon Bimbit Suami Demi Kesihatan Mental – “Dah Kahwin Atau Belum, Tolong Jangan Biasakan Benda Ni”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 16 Jan 2019

TERBAIK! Estranged Jual CD Bantu Perkampungan Di Sabah

Jom dapatkan CD single Milikku hari ini, sambil membeli boleh kita menderma!

Hiburan Thu, 12 Jun 2025

Jasmine Project Love Musim Kedua Tamat Dengan Penuh Emosi, RM200,000 Berjaya Dikumpul!

Jasmine Project Love musim kedua di 8TV melabuhkan tirainya dengan sebuah majlis penghargaan yang cukup bermakna.

Hiburan Wed, 27 Nov 2019
Trending Mon, 1 Jun 2020
Trending Tue, 23 Oct 2018
Featured Mon, 25 Apr 2022
error: Content is protected !!