Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 21, 2024 @ 5:04pm

PU Riz Anggap Simpan Foto Anak Dalam Dompet Sebagai ‘Old Is Gold’ … Sempat Titip Pesan Buat Bapa Muda

Menganggap cara lama adalah cara yang unggul atau pepatah ‘Old is gold’, pendakwah bebas popular yang juga suami kepada usahawan selebriti, Noor Neelofa Mohd Noor iaitu Muhammad Haris Mohd Ismail berkongsi  bahawa dia masih lagi menyimpan foto-foto anaknya di dalam dompet.

Kata Haris, tindakan tersebut adalah sebagai ‘peringatan’ dikala berdukacita atau mengalami hari yang sukar memandangkan selain rasa cinta dan taat terhadap Allah SWT, manusia juga akan menyayangi keluarga mereka.

“Dah masuk 2024 masih lagi simpan gambar dalam dompet? Pepatah ada menyebut ‘ old is gold’ antaa interpretasi yang boleh diambil adalah cara lama adalah cara yang unggul.

“Sengaja diceritakan di sini, kita kalau kusut atau dukacita menyelubungi sudah tentulah tatapan pada ayat suci cinta Allah yang dicari.

“Setelah itu, kalau perasan banyak yang Allah suruh jaga kebiasaannya benar-benar memberi kesan pada diri kita manusia. Contohnya jaga keluarga,” katanya.

Dalam pada itu, PU Riz juga menegaskan, meskipun setiap ibu bapa akan menghadapi cabaran semasa membesarkan anak-anak terutama ketika mereka masih kecil, namun mempunyai zuriat adalah hadiah berupa kebahagiaan yang dikurniakan Allah untuk hamba-Nya.

“Dulu pernah viral mengenai kaedah child-free marriage (kahwin tanpa ingin Anak), tapi kalau difikirkan betul betul, bahagia ada Anak ni.

“Sewaktu belasan tahun dulu , kita tengok pak saudara, mungkin juga kakak kita atau kawan kawan yang melangsungkan ikatan perkahwinan, sedikit takut bila dah ada anak nak kena tukar pampers, basuh poo poo, nak kena bangun malam buat susu, nak kena swing dan selalu switch on mood happy bila dengan anak  dan bermacam- macam cabaran positif yang ditempuhi,” jelasnya.

Mengulas lanjut, PU Riz juga sempat menitipkan pesan kepada bapa muda agar merasa bertanggungjawab terhadap anak-anak dan keluarga termasuklah ibu bapa masing-masing.

“Sebagai bapa yg muda, kita sendiri lebih sedia kalau lah kata perlu kita membersihkan kotoran yang ibu bapa kita akan hadapi suatu hari nanti bila mereka tak lagi mampu.

“Ianya satu kitaran yang baik dan impak nilai manusiawi lebih dirasai. Percayalah, insyaAllah akan wujud rasa ini setelah jadi bapa.

“Buatlah sesuatu yang boleh meningkatkan sifat kedewasaan kita kepada Allah.. pasti diri ini akan lebih menyelami apa yang tidak kita rasai suatu ketika dahulu,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

 

Untuk rekod,  Neelofa mendirikan rumah tangga bersamaHaris pada 27 Mac 2021.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal, 3 dan Abdullah Abbas, setahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 10 Apr 2018

Dikatakan Lari Daripada Masalah, Fatin Afeefa Bercuti Ke Luar Negara?

Adakah dia melarikan diri daripada masalah ataupun sekadar mencari ketenangan?

Hiburan Sat, 2 Nov 2024

Isu Dihalau Pihak Berkuasa Pada Malam Perayaan Patah Hati Di Kemaman, Awa Zainal Mohon Maaf

“Saya berjanji untuk lebih berhati-hati” – Awa Zainal

Featured Thu, 26 Apr 2018

Ditemubual Ellen DeGeneres, Henry Golding Rasa Macam Tak Percaya

Henry Golding saat menggambarkan pengalaman berharga ditemubual Ellen DeGeneres yang pastinya menjadi momen tidak akan dilupakan itu sebagai mimpi menjadi kenyataan.

Hiburan Mon, 16 Feb 2026

“Jangan Buat Kerja Tuhan” – Ciapan Nabila Razali Cetus Pelbagai Reaksi Netizen

Meskipun kenyataannya itu bersifat terbuka, namun ciapan tersebut menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

Hiburan Thu, 1 Nov 2018

Bukan Kisah Hantu Semata, Ada Mesej Dalam 7ujuh

Filem ini bakal ditayangkan pada 8 November depan, jom serbu pawagam berhampiran!

error: Content is protected !!