Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 21, 2024 @ 3:39pm

“Moga Dia Menjadi Penyanyi Yang Berjaya, Tak Tumpang Populariti Orang Lain &  Hanya Padang Mahsyar Boleh Menjawab”- Aisha Retno

Penyanyi berbakat, Aisha Retno tampil memberikan respons berhubung kontroversi yang berlaku melibatkan pembatalan konsertnya, ‘Konsert Malam Sutera Aisha Retno’.

Kata Aisha, dia berharap selaku pihak penganjur konsert, Kharisma Music International perlu teliti dan berhati-hati menguruskan kewangan termasuklah dari segi promosi bagi mengelakkan salah faham sekaligus menyalahkan orang lain di atas kesilapan sendiri.

“Saya doakan yang terbaik untuknya dan semoga semua tiket konsert yang bakal berlangsung kelak habis terjual.

“Saya juga berharap agar dia menjadi penyanyi yang berjaya satu hari nanti dimana dia tidak perlu untuk menumpang mana-mana populariti dan bakat orang lain.

“Dan paling penting saya harap dia tahu mengenai undang-undang komunikasi sebelum melulu membuat keputusan tanpa memberitahu produk. Semoga yang baik-baik untuk beliau,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sharifah Aisha Retno (@aisharetno02)

 

Mengulas lanjut, Aisha atau nama penuhnya, Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 24, berkata, dia sudah memaafkan individu tersebut meskipun ia memberi kesan yang besar buat karier seninya.

“Adakah saya aakan memaafkan dia? Ya, saya maafkan dia kerana saya tahu jauh disudut hati dia mungkin orang yang baik.

“Tapi adakah ibu bapa dan ahli keluarga serta rakan-rakan atau sesiapa yang pernah dianiaya akan memafkan dia? Hanya padang masyhar yang boleh menjawab. Nauzbillah hi min zalik.

“Terima kasih Allah atas nikmat dan cabaran ini,” jelasnya.

Terdahulu, hasrat pelantun lagu Sutera ini untuk mengadakan konsert sulung terkubur apabila pihak penganjur membatalkan acara tersebut seminggu sebelum diadakan dengan alasan jualan tiket tidak mendapat sambutan.

Kesal dengan tindakan tidak profesional itu, Aisha tampil memuat naik video penjelasan berhubung tindakan tersebut dek kerana dia terpaksa menolak beberapa tawaran kerja kerana mahu fokus dengan konsert yang bakal diadakan.

ARTIKEL BERKAITAN:Jualan Tiket Tak Dapat Sambutan, Penganjur Batalkan Konsert Sulung Aisha Retno Malam Sutera

ARTIKEL BERKAITAN:“Makanya Jangan Delusional” – Hantaran Di IG Cetus Tanda Tanya, Yuka Kharisma Tegur Siapa?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Wed, 9 Jan 2019

Berita Baik Untuk Semua, CJ WOW Shop Kini Boleh Di Tonton Sepanjang Hari!

Beli belah anda di rumah lebih mudah dengan CJ WOW SHOP hanya disaluran ntv7 dan TV9!

Acara Sun, 20 May 2018

Bufet Ramadan INTEKMA Gamit Memori Dengan Variasi Selera Kampung Yang Menyelerakan

Sesi “Iftar@INTEKMA” menyajikan pelbagai selera masakan kampung yang lazat dengan kadar harga berpatutan kepada pelanggan.

Hiburan Wed, 10 Jan 2024
Hiburan Wed, 19 Feb 2025

Alami Pendarahan Dalam Rahim, Fara Salleh Dakwa Shuk Sahar Hina Hamil Anak H*ram? – “Aku Tak Takut Hilang Kau, Jumpa Di Mahkamah!”

Terlalu sibuk dengan podcast, Fara Salleh dakwa Shuk Sahar abaikan isteri terlantar di hospital

Hiburan Mon, 11 Sep 2023
Trending Thu, 1 Sep 2022
Hiburan Mon, 21 Jan 2019

Hael Husaini Jadi Rebutan?

Semoga Hael terus mewarnai industri seni tanah air!

error: Content is protected !!