Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 22, 2024 @ 2:13pm

Sanggup Lepas ‘Job’ Beratus Ribu, Anzalna Nasir Mengaku Tak Percaya Pembantu Rumah

“Saya sanggup batalkan semuanya (kerja) sekiranya ahli keluarga saya sibuk sampai tak boleh jaga anak-anak”.

Demikian luahan pelakon jelita, Anzalna Nasir susulan insiden yang menimpa keluarga Dr Shazril Shaharuddin atau Dr Say.

Kata Anzalna, melihat video viral yang dikongsikan sahaja membuatkan hatinya hancur.

Malah, mengaku dirinya bukan ibu yang sempurna, Anzalna bagaimanapun menegaskan dia sanggup melepaskan tawaran kerja demi menjaga anak-anaknya.

“Watching this video really breaks my heart. Alhamdulillah Allah lindungi baby Zeq.

“Bab maid ni saya tak boleh, sebab banyak sangat kes macam ni. Nak cakap pasal diri sendiri, saya bukanlah ibu yang sempurna tapi saya sanggup korbankan kerja demi anak-anak.

“Dari lahir sampai sekarang, tak pernah sekalipun saya tinggalkan mereka bersendirian dengan maid.

“Walaupun terlepas job beratus ribu pun tak apa yang penting anak-anak ada dibawah jagaan saya,” katanya.

Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya mata ini juga memaklumkan,  dia tidak pernah meletakkan kepercayaan kepada pembantu rumahnya terutama sekali bab menjaga anak-anak.

“Saya rela batalkan segalanya sekiranya ahli keluarga saya sibuk dan tidak dapat menjaga anak-anak.

“ Saya takkan pernah tinggalkan anak-anak saya dengan pembantu rumah. Saya tak percaya mereka walaupun mereka baik macam mana,” jelasnya.

Anzalna berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran di ruangan Instagram Story miliknya.

Terdahulu, Dr Say mendedahkan sepotong video memperlihatkan pembantu rumahnya melakukan kekerasan terhadap anaknya, Zeqriel.

Bahkan, menerusi video tersebut, baby Zeq yang hanya berusia 10 bulan kelihatan semakin tidak berdaya apabila kepalanya dibiarkan tergantung dan dadanya ditekan pembantu rumah tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril)

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 26 Dec 2023
Trending Sat, 19 Jun 2021

Lagi Bantuan Tambahan Dalam Masa Terdekat – Tengku Zafrul

Lebih banyak bantuan disediakan kerajaan

Hiburan Tue, 8 Oct 2019

Suami Sazzy Falak Masuk Hospital…Retak Tulang Rusuk Dan Patah Tulang Selangka

Beberapa hari lepas, ketika berbasikal bersama rakan-rakan, suami kepada Sazzy Falak iaitu Nazril Idrus telah terlibat dalam kemalangan sehingga menyebabkan tulang selangkanya patah dan retak tulang rusuk.  Di samping itu juga, Nazril mengalami luka-luka di […]

Featured Wed, 25 May 2022
Events Sun, 9 Feb 2020

Karpet Merah #AJL34 Lebih Bergaya Dan Stylo!

hangatkan malam AJL34 guys!

Trending Tue, 1 Jan 2019
Trending Wed, 7 Oct 2020

Tarikh-Tarikh Penting Dan Kaedah Pembayaran BPN 2.0

Umum sedia maklum, kerajaan kini memperuntukkan Bantuan Prihatin Nasional 2.0 berjumlah 7 billion kepada rakyat.  Bantuan ini akan disalurkan secara terus kepada 10.6 juta penerima yang telah diluluskan di bawah BPN sebelum ini, tanpa perlu […]

Hiburan Sat, 9 Nov 2019

Muka Calar-Balar, Anak Aaron Aziz Cedera Teruk?

Apa sebenarnya yang dah jadi ni?

error: Content is protected !!