Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin June 24, 2021 @ 1:25pm

Rujuk SOP Pelaksanaan Ibadah Korban Di Seluruh Wilayah Persekutuan Bagi Tahun Ini

Masjid dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan dibenarkan melaksanakan ibadah korban sempena hari raya Aidiladha yang akan disambut pada 20 Julai 2021 nanti.

Namun segala proses penyembelihan binatang korban, lapah, potong dan pembungkusan daging korban hanya dibenarkan di rumah sembelihan sahaja.

Menurut, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Mohd Ajib Ismail berkata, rumah sembelihan berkenaan ialah Rumah Sembelihan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) dan Rumah Penyembelihan Ruminan Swasta yang dilesenkan DVS mengikut penyelarasan Jawi.

Manakala, had kapasiti kehadiran bagi penyembelihan korban yang dibenarkan adalah TIDAK melebihi 12 orang termasuklah petugas yang bertugas di pusat penyembelihan.

Jom rujuk prosedur operasi standard (SOP) pelaksanaan ibadah korban pada tahun ini :

  1. Masjid & Surau

  • Pelaksanaan ibadah korban adalah dibenarkan
  • Namun proses penyembelihan, lapah, potong dan pembungkusan daging hanya dibenarkan di rumah penyembelihan DVS dan      rumah sembelihan ruminan swasta dilesenkan JPV

     2. Di kawasan Lapang selain Masjid & Surau

  • Dibenarkan dengan kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT),  JPV, JAWI dan Pejabat Kesihatan Daerah  (PKD)
  • Sembelihan tidak lebih 5 ekor sehari
  • Kehadiran TIDAK lebih dari 12 orang termasuk petugas

   3. Agihan Daging Korban

– Bagi setiap agihan korban, ia mestilah dibuat secara terus kepada :

  • Peserta ibadah korban
  • Fakir miskin mengikut senarai ditetapkan
  • Golongan sasaran
  • Petugas barisan hadapan

Walaubagaimanapun, orang ramai dinasihatkan untuk patuh kepada penyelarasan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui pejabat pentadbiran zon.

 

Sumber : Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 19 Nov 2024
Hiburan Tue, 14 Apr 2026

Puteri Sarah Terkesan Isu Wanita Hamil Dicurangi – “Faham Sangat, Been There”

Puteri Sarah memahami situasi berkenaan kerana dia pernah menghadapinya

Hiburan Tue, 6 Aug 2024

Pernah Jumpa Pakar, Sophia Albarakbah Penat Jadi Mangsa Buli Siber – “Tipulah Kalau Tak Terkesan…”

Saya harap netizen berhati-hati dalam meninggalkan komen – Sophia Albarakbah

Featured Wed, 22 Jun 2022

#WhazzupNetizen: Bantuan BKM Bujang Naik RM50, Sharifah Sakinah Berang Rambut Anak Diejek & Video Keselamatan MAS Dapat Banyak Reaksi

Segmen #WhazzupNetizen minggu ini! Alhamdulillah, syukur bantuan ditambah ☺️ Rambut anak Sharifah tu unik laaa 🤩 Haa, video keselamatan MAS siapa dah tengok? Meh komen sikit letopz ke tak? 🤩

Hiburan Fri, 13 Sep 2024

Fazura Fail Cerai, Netizen Serang IG Fattah Amin – “Isteri Cantik, Anak Comel… Apa Lagi Tak Cukup?”

Kita doakan semoga urusan rumah tangga Fattah dan Fazura akan dipermudah olehNya ❤️😭😭

Featured Wed, 18 Jan 2023
Trending Fri, 18 Dec 2020
error: Content is protected !!