Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Enal January 18, 2018 @ 3:10am

Hafiz Hamidun Tegur Siapa Pula?

 Rajin Hafiz Hamidun menegur isu sekitar yang berlaku. Terbaru Hafiz menegur Fathia Latiff pula kerana menganggap tindakan provokasi meminta pelakon, Iqram Dinzly membunuh diri sebagai keterlaluan.

Dalam teguran yang dimuat naik di Twitter, Hafiz merasakan kenyataan Fathia itu tidak kelakar jika ianya berniat gurauan. Jelasnya, tindakan Fathia itu boleh mengundang kejadian sebenar kerana masalah depresi yang dialami.

 

Malah, Hafiz juga sempat bertanya Fathia, andai betul kejadian itu berlaku, adakah beliau berasa puas dengan provokasi yang dibuat. Kenyataan Hafiz itu turut mendapat sokongan ramai dan menganggap Fathia tidak mempunyai kesedaran tentang bahaya depresi.

Sebagai orang Islam, bunuh diri itu haram. Jadi tidak perlulah membuat provokasi seumpama itu, apalagi jika seseorang itu mengalami tekanan perasaan. Jangan rasa bersalah pula nanti jika ia benar-benar berlaku. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 21 Feb 2023
Hiburan Mon, 14 Apr 2025

Nas-T Sandang Watak Antagonis, Bakal Berguru Dengan Rosyam Nor

Nas T berguru dengan Datuk Rosyam Nor bawa watak antagonis

Featured Mon, 12 Jan 2026

Penangan Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza, Netizen Minta Noh Salleh ‘Remake’ Lagu Kau Mawarku

Netizen menyuarakan harapan agar Noh Salleh tampil membuat versi ‘remake’ lagu ikonik, Kau Mawarku bersama Biduanita Negara itu.

Hiburan Fri, 2 Aug 2019

‘Bercakap Pun Dah Mengah’- Adira Berdebar Tunggu Masa!

Saya juga mudah terlelap, kadang kala sedang berhenti di lampu isyarat pun sempat tertidur.

Hiburan Sun, 31 Mar 2024
error: Content is protected !!