Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 26, 2024 @ 9:40pm

“Segan Sebenarnya Dengan Gelaran Biduanita, Panggil Sahaja Siti Macam Biasa” – Siti Nurhaliza

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza bersikap merendah diri selepas menerima gelaran biduanita pada Majlis Anugerah Seni Negara (ASN) 2024, baru-baru ini.

Pemilik nama sebenar Siti Nurhaliza Tarudin, 45, bagaimanapun menjelaskan gelaran tersebut tidak mengubah sisi sebenar penyanyi tersohor kelahiran Kuala Lipis, Pahang ini.

“Segan sebenarnya dengan gelaran Biduanita, panggil sahaja Siti macam biasa. Saya tetap Siti Nurhaliza yang balik ke rumah kena buat susu anak, memasak dan menjalankan tanggungjawab sebagai ibu rumah tangga.

“Dalam masa sama, saya juga masih menjual barang di TikTok kerana itu adalah tanggungjawab,” katanya ketika ditemui pada Majlis Apresiasi Media dan Pelancaran Rasmi Single Sejarah, pada petang Selasa.

Pelantun lagu popular Jerat Percintaan ini bagaimanapun menganggap gelaran tersebut sebagai satu penghargaan besar selarasa dengan usahanya menempa nama sepanjang hampir 30 dekad bergelar anak seni.

“Bukan tidak menghargai watikah diberikan, saya bersyukur dan ini satu penghormatan yang besar. Tak terlintas pun akan diberikan pengiktirafan sebesar ini kerana saya lebih utamakan kepuasan peminat, hati saya senang jika melihat peminat berpuas hati dan terhibur

“Bagi saya anugerah akan datang dengan sendirinya apabila kita bekerja keras,” tuturnya.

Pada 13 November lalu, Siti dipilih sebagai penerima Anugerah Khas, Biduanita Negara ASN 2024 anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

Sekadar info, tiga anak seni legenda yang pernah menerima gelaran tersebut adalah Allahyarham Saloma yang dianugerahkan pada tahun 1978, Allahyarham Sharifah Aini (2006), dan Allahyarham Tan Sri SM Salim (2013).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 25 Apr 2026
Featured Fri, 7 Oct 2022
Hiburan Tue, 3 Dec 2024

Pukau Penonton, Tonjol Kehebatan Vokal… Malam Konsert “A Night With Sumandak Stars” Sold Out!

Konsert ‘A Night With Sumandak Stars’ telah mencatat sejarah baharu apabila menghimpunkan sembilan penyanyi wanita kelahiran Sabah iaitu Marsha Milan, Azharina, Adira Suhaimi, Nikki Palikat, Bella Astillah, Salma, Ayu Damit, Didi Astillah dan Wani Kayrie serta […]

Featured Thu, 6 Oct 2022
Featured Tue, 15 Aug 2023
Featured Mon, 26 Aug 2024
Trending Fri, 18 Oct 2019

Tahniah! Ini Pemenang Cabaran Ketahanan Ultra Kuasa Bateri Jam Tangan HUAWEI GT 2

Lebih style dan urban, dapatkan Huawei Watch GT 2 sekarang!

error: Content is protected !!