Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi December 1, 2024 @ 10:07pm

Famili Duo 4: Lepas Kena Marah, Mas Idayu ‘Happy’ Dengan Persembahan Didi Astillah & Thamiera – “Mummy Nampak Usaha Awak….”

Juri tetap program Famili Duo 4, penyanyi dangdut popular, Mas Idayu memuji persembahan dan vokal yang ditonjolkan oleh pasangan sepupu, Didi Astillah dan Thamiera pada minggu keenam yang bertemakan retro.

Selepas teruk dimarahi oleh juri pada minggu lalu, Didi dan Thamiera berjaya menambat hati Mas Idayu yang membawakan lagu Darah Muda dan Nona Zaman Sekarang.

“Kenapa lepas kena marah jadi bagus? Jangan kena ketuk dulu baru jalan. Inilah sebabnya mummy naik suara.

“Persembahan menarik, pitching bawah kawalan. Mummy (panggilan Mas Idayu) happy dan suka sebab awak ada usaha. Mummy nampak progress awak,” katanya.

@tv3malaysia

Zaman berubah, Didi dan Thamiera tetap ikonik! 😎Siapa kata wanita moden tak boleh bergaya?😙 #FamiliDuo | Setiap Ahad | 9 malam di TV3! Korang jangan lupa subscribe Tonton untuk mengundi Duo pilihan korang sehingga 150 kali seminggu tau! Korang juga berpeluang untuk menang Samsung Smart TV 65 inci dengan meneka Duo terbaik mingguan!!! 😍 Strim secara langsung melalui Tonton! #familiduo

♬ original sound – TV3Malaysia – TV3Malaysia

Sementara itu, Mas Idayu turut mengakui dia tidak menyangka pasangan duo itu mampu membawa lagu tersebut dalam cara mereka tersendiri.

“Persembahan tadi Mummy tak sangka awak berdua dapat bawa dengan cara sendiri. Dari segi vokal pun terkawal. Secara keseluruhan, saya suka.

“Bila masuk program ini kena bersedia siapa pun boleh keluar tetapi dengan cara yang bermaruah,” ujarnya.


Sementara itu, juri tetap kedua, Datuk Rosyam Nor turut berpuas hati dengan persembahan Didi dan Thamiera yang dikatakan sangat menghiburkan.

“Anda menghiburkan kami, walaupun persembahan bersahaja. Tahniah.

“Apa pun yang akan berlaku pada malam ini, awak kena kuat. Ingat, program ini adalah untuk meningkat nama awak juga. Mungkin selepas ini ramai yang akan panggil,” tuturnya.

Sebelum ini, Thamiera mengaku dia terlalu sensitif ketika menerima kritikan Mas Idayu pada malam program minggu kelima.

Terdahulu, ketiadaan Thamiera dan Didi di penutup konsert kelima FD4 mencetuskan spekulasi kerana duo sepupu itu menerima komen pedas dari Mas Idayu selaku juri program.

Kata Mas Idayu, nyanyian yang dibawakan pasangan duo itu telah ‘membunuh’ persembahan mereka apabila membawakan tiga buah lagu iaitu Bang Jono (Zaskia Gotik), Goyang Dumang (Cita Citata) dan Senggol-Senggolan (Mas Idayu)

Artikel Berkaitan: Famili Duo 4: Ketiadaan Didi Astillah & Thamiera Chan Di Acara Penutup Cetus Spekulasi, Ini Komen Mas Idayu  – “Susah Kalau Ambil Hati Pada Teguran Saya”

Artikel Berkaitan: Famili Duo 4: Thamiera Chan Mengaku Terasa Hati Dengan Komen Mas Idayu – “Ketika Itu Saya Berhati Tisu, Tapi Tidak Berdendam”

Famili Duo 4 dikemudikan oleh gandingan selebriti serba boleh iaitu Janna Nick dan Sharif Zero sebagai hos program manakala kerusi juri pula diduduki oleh figura hebat, Mas Idayu dan Datuk Rosyam Nor.

Enam pasangan yang bersaing dalam Famili Duo 4 adalah Shiha Zikir & Ieda Zikir (adik-beradik), Zahid & Anne (adik-beradik), Ayie Elham Floor 88 & Salma Asis (sepupu), Tomok & Sharul Kamal (sepupu), Didi Astillah & Thamiera Chan (sepupu) dan Naqiu & Joey Daud (sepupu).

Mereka bersaing selama lapan minggu bagi merebut gelaran juara yang menawarkan hadiah wang tunai RM100,000.

Pemenang mingguan akan ditentukan oleh juri dengan pemarkahan sebanyak 70 peratus dan undian atas talian melalui Tonton (30 peratus). Pemenang mingguan membawa pulang gelaran Duo Terbaik bersama wang tunai bernilai RM10,000.

Jangan lupa saksikan Famili Duo 4 yang bersiaran selama lapan episod bermula 20 Oktober 2024, setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 dan boleh distrim langsung secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my atau di aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 2 Aug 2023
Hiburan Wed, 21 Aug 2019

刘德华演唱会创新纪录!成为大马有史最庞大室内舞台制作

刘德华《My Love世界巡回演唱会‧吉隆坡站 2019》舞台制作创大马新纪录!打造大马演唱会历史中最庞大的360°投影天幕,以及前所未见的飞人吊挂、超过50米圆周的路轨及60组升降机械。 

Featured Wed, 31 Mar 2021

“Rindu Itu Tak Pernah Padam” – Genap 30 Tahun Kerjaya, Datuk Nora Tampil Kembali Dengan Naluri..

Siapa tidak mengenali Datuk Nora Ariffin. Suaranya yang lunak lagi lembut dalam mengalunkan lagu genre pop, balada dan R & B pasti menawan halwa telinga ramai pendengar. Setelah genap 30 tahun perjalanan kerjaya seni Nora, […]

Trending Mon, 21 Oct 2019
Hiburan Sun, 24 Nov 2024

“Saya Mahu Beri Keselesaan, Semua Akan Duduk” – Aina Abdul

Aina Abdul mahu beri keselesaan kepada semua.

Hiburan Wed, 28 Feb 2018

Salman Khan takut nak kahwin!

Dua tahun lalu, bintang filem ‘Dev Das’ ini  pernah juga membuat pengakuan tidak mahu berkahwin atas sebab tidak mampu menjadi seorang suami yang baik.

Hiburan Fri, 24 Aug 2018

CNBLUE’s Yonghwa Shares Truth Behind Kyunghee University Scandal

There were untruths in reports and Yonghwa has cleared them up.

Hiburan Sat, 18 Jan 2020

Elly Mazlein Sah Isteri Kepada Azlan Dengan Sekali Lafaz!

Tahniah Kak Lina Pom Pom dan selamat melayari bahtera perkahwinan!

#tilljannah Mon, 9 Jan 2023
error: Content is protected !!