Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi December 4, 2024 @ 1:06pm

Kesal Digelar S*ndal, Anak Tiri Pula Dakwa Ada Pelbagai Bukti ‘Perbuatan’ Nora Ariffin? – “Banyak Kali Dia Try Hard Nak Burukkan Keluarga Aku”

Tiada angin tiada ribut, kenyataan penyanyi Datuk Nora Ariffin meraih perhatian selepas dia mendakwa ahli keluarga suaminya, Ustaz Rushdi Ramli menggelarkannya dengan panggilan tak senonoh.

Di patform X, individu wanita menerusi akaun @missruhsdi yang dipercayai anak kepada suami penyanyi berusia 51 itu telah memuat naik tangkap layar memaparkan Nora reda dengan ujian tersebut.

“Alhamdulillah. Terima kasih. Syukur diatas gelaran b*tch/s*ndal yang diberikan oleh keluarga Ustaz kepada saya. Saya dan anak-anak akur dan terima dengan hati tabah.

“Ujian untuk kami. Semoga Allah ampuni dosa-dosa saya. Sabar lah ya, Rushdi Ramli,” kata Nora.

Namun begitu, wanita yang menggunakan nama sebagai Aya itu seolah-olah menafikan dakwaan tersebut serta mempersoalkan mengapa selebriti ini tidak henti cuba memburukkan ahli keluarganya.

Bukan itu sahaja, Aya turut mendakwa dia mempunyai pelbagai bukti terhadap setiap perbuatan Nora kepada keluarganya.

“Apa maksud awak, Nora Ariffin? Bahagian mana saya dan keluarga memanggil awak dengan panggilan itu? Apa yang kami buat? Rasanya, dah banyak kali dia (Nora) try hard nak burukkan keluarga aku. Lagi buat diam, lagi seronok dia ek.

“Jangan biarkan saya mula dengan apa yang dia dah buat kepada keluarga saya. Saya ada bukti rakaman suara, ‘screenshots’ tersimpan dalam telefon. Saya dah lama tak ambil kisah tapi dia tak boleh diam,” tulisnya.

Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada sebarang respons daripada pihak Nora sendiri berhubung konflik yang berlaku ini.

Pada 12 Ogos lalu, Nora memuat naik video diceraikan oleh suaminya dengan talak satu dalam video berdurasi 52 saat dalam IG.

Bagaimanapun, Nora berkata, perceraian berlaku sebelum tarikh video itu dimuat naik.

Namun begitu, Nora mengesahkan sudah rujuk semula dengan bekas suami, Dr Rushdi Ramli pada 14 September lalu.

Artikel Berkaitan: Nora Ariffin Syukur Kembali Jadi Isteri Sah Dr Rushdi -” Kami Rujuk Secara Rasmi Di Mahkamah”

Artikel Berkaitan: “Tak Ada P*stol, Pis*u… Dia Terima Panggilan Suruh Lepaskan Saya” – Nora Ariffin Tepis Dakwaan Bekas Suami Diugut Guna Senjata Ketika Lafaz Cerai 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 29 Apr 2024

“Kena Terima Kalau Itu Yang Allah Nak” – Tak Pernah Ulas Isu Penyondol Dengan Suami, Fazura Harap Perkahwinan Bahagia Dunia Akhirat

Betul apa kat Faz kita sebagai penonton juga seharusnya tidak menghakimi apa yang berlaku🤧

Hiburan Thu, 26 Dec 2019

Naim Daniel Accused Of Chasing Clout Using BLACKPINK Rosé’s Picture

Maybe he was just being a fanboy trying to show his support for his idol, but maybe BLINKS took it too far?

Featured Mon, 13 Jun 2022
Featured Thu, 9 Dec 2021
Hiburan Sun, 10 Feb 2019

‘Kami Masih Belajar’- Justin Bieber Seronok Bergelar Suami

Biarpun sudah berkahwin, saya dan Hailey masih boleh berkasih-sayang dan menikmati masa muda kami.

Hiburan Thu, 15 Dec 2022
Contest Fri, 18 Oct 2019

Stand A Chance To Be Up Close and Personal with KARD now!

ASICS combining with KARD to bring front bolder and more striking colourways for GEL-BND™ sneakers.

error: Content is protected !!