Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida February 10, 2019 @ 3:35pm

‘Kami Masih Belajar’- Justin Bieber Seronok Bergelar Suami

Penyanyi terkenal Justin Bieber akhirnya bersuara tentang hubungannya bersama isteri, Hailey Bieber.

Memetik kenyataan Bieber kepada majalah Vogue, Hailey memberitahu dia mahukan sebuah perhubungan yang sihat antara dia dan isteri.

“ Saya mahu orang tahu saya dan Justin berjuang dengan cara tersendiri untuk membangunkan hubungan yang sihat,” kata Hailey dalam temubual, hari ini.

Akui Hailey, dia dan Bieber masih muda dan sedang dalam fasa belajar.

“ Kami belajar sambil ‘berjalan’. Saya tidak akan duduk diam dan hanya berbaring sambil menganggap segalanya bakal mudah. Perkahwinan akan selalu ada turun naik,” katanya.

 
 
 
View this post on Instagram

hey baby… @voguemagazine

A post shared by Hailey Rhode Bieber (@haileybieber) on

Manakala bagi Bieber pula, dia berharap isterinya itu boleh membantu dirinya untuk terus gembira.

“ Biarpun sudah berkahwin, saya dan Hailey masih boleh berkasih-sayang dan menikmati masa muda kami. Itu hal yang sering kami bincangkan,” katanya.

Terdahulu, Justin melamar Hailey Baldwin di Bahama pada 7 Julai 2018 yang mana ia mengejutkan ramai pihak.

Justin Bieber pernah menjalinkan hubungan cinta dengan penyanyi Selena Gomez sejak tahun 2010 sehingga dikhabarkan putus pada Mac 2018.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 26 Jul 2024
Hiburan Fri, 17 Oct 2025

‘Selingkuh’ Jadi Pengubat Luka, Jimi Luah Keberanian Melepaskan Cinta Palsu

Jimi tampil dengan lagu penuh keberanian melepaskan cinta yang tidak lagi tulus.

Featured Thu, 10 Apr 2025
Featured Sat, 9 Aug 2025

“Saya Sayang Mak Saya” – Shila Amzah Nafi Hubungan Kembali Dingin Dengan Ibu

Perkongsian podcast itu hanya sebagai pengajaran sahaja.

error: Content is protected !!