Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 4, 2024 @ 6:11pm

“Lelaki Sejati Takkan Naik Tangan!” – Anzalna Nasir Seru Wanita Alami Keganasan Perkahwinan Tampil Lebih Berani

“Perceraian itu memang menakutkan dan menyakitkan. Tapi terus bertahan dan kena pukul hingga mengalami kecederaan adalah lebih teruk”.

Demikian respons pelakon jelita, Anzalna Nasir susulan kes keganasan rumah tangga yang menimpa aktres dan model popular, Zahnita Wilson baru-baru ini.

Menurut Anzalna, perceraian adalah perkara paling menakutkan dan menyakitkan bagi kaum wanita, namun itu adalah ‘jalan’ terbaik daripada menjadi mangsa keganasan.

“Kita sebagai manusia tak boleh sesekali biarkan suami naik tangan.

“Betul, perceraian itu memang menakutkan dan menyakitkan. Tapi berada di dalam hubungan toksik, dipukul sehingga mengalami kecederaan teruk adalah lebih teruk,” katanya.

Justeru, dia menitipkan pesan agar golongan wanita kuat dan berani tampil mempertahankan diri termasuklah meluahkan masalah mereka.

Sekaligus menyifatkan lelaki sejati tidak akan menaikkan tangan kepada isteri mereka.

“To all the women out there going through this, jangan takut untuk meluahkan perasaan anda.

“Seorang lelaki sejati tidak akan menaikkan tangan terhadap wanita,”ulasnya.

Terdahulu,  pelakon filem Gila Gila Pengantin Remaja itu mengejutkan ramai pihak selepas berkongsi foto menunjukkan keadaan matanya yang lebam.

Susulan isu tersebut, Zahnita Dorothy Hussien Wilson, 39, nekad memfailkan perceraian terhadap suaminya, Abdul Zackery Ghouse di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan pada Selasa selepas 20 tahun mendirikan rumah tangga.

ARTIKEL BERKAITAN:Selepas Nekad Fail Cerai, Zahnita Muat Naik Video Menangis & Padam Foto Di IG

ARTIKEL BERKAITAN:Kes Ugut & Pukul, Suami Zahnita Direman 3 Hari

ARTIKEL BERKAITAN:Kongsi Foto Mata Lebam, Hantaran Terbaharu Zahnita Cetus Spekulasi – “Kena Ab*se Ke?”

ARTIKEL BERKAITAN:“Tolong Jangan Minta Maaf Kerana Gunakan Media Sosial Untuk Luah Masalah Keganasan Rumah Tangga” – Lisa Surihani

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 2 Apr 2021

Lebih 10 Tahun Penantian, Pelakon Irwansyah dan Isteri Timang Cahaya Mata

Setelah lebih 10 tahun menantikan kehadiran zuriat, pelakon Irwansyah dan isterinya, Zaskia Sungkar mengumumkan kelahiran seorang cahaya mata lelaki. Menerusi akaun Instagram, Irwansyah menzahirkan rasa syukur di atas kehadiran anak lelaki sulungnya itu. “Assalamualaikum, anak […]

Hiburan Fri, 17 Nov 2023

[VIDEO] “Itu Titik Peluh Mereka” – Isu Selebriti Didakwa Tak Bayar KWSP Pekerja, Ini Reaksi Siti Nurhaliza

Alhamdulillahhhh, terbaik Siti Nurhaliza ambil berat soal KWSP pekerja 🥰

Featured Mon, 22 Dec 2025

Netizen Mulut Puaka Tuduh Uqasha Senrose ‘Hamil’ Anak Orang Lain: “Aku Difitnah Sebegini Teruk”

Uqasha Senrose, meluahkan rasa kecewa apabila difitnah hamilkan anak orang lain.

Trending Tue, 8 Sep 2020

Cara Bayar Caruman Pekerja KWSP Secara Online

Jom tengok cara bayar caruman pekerja KWSP!

Trending Tue, 7 Aug 2018

Horrid Bomoh Enslaved and Had Sex With 12-Year-Old Girl for 15 Years!

He had sex with her many times since she was kidnapped.

Featured Tue, 17 Jan 2023

“Saya Rasa Lapang Je” – Kongsi Pengalaman Ikut Misi Bantuan Musim Sejuk, Nana Mahazan Sebak Di Kem Syria

Pengacara, Nana Mahazan kini semakin mendekatkan diri dengan kerja amal serta hal kerohanian setelah beristiqamah mengenakan hijab. @muslimvolunteermalaysia Perasaan @Nana Mahazan kali pertama ke kem pelarian Syria 🥺 📍Kem Al-Zamlah #muslimvolunteermalaysia #winter #syria #wintersyriamvm ♬ […]

error: Content is protected !!