Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi December 9, 2024 @ 1:13pm

[VIDEO] Artis Sertai Majlis Ilmu Dikritik, Betty Rahmad Tegur Netizen – “Hargai Usaha Mereka Untuk Belajar Agama” 

Pelakon dan usahawan, Betty Rahmad meminta segelintir netizen untuk tidak meninggalkan komen negatif atau berpransangka buruk terhadap selebriti yang hadir ke majlis ilmu dianjurkannya.

Menerusi sebuah video di TikTok, Betty terpanggil untuk bersuara selepas beberapa individu mengkritik penampilan rakan-rakan selebriti di majlis tersebut.

Betty berkata tidak adil sekiranya netizen menghukum mereka berdasarkan penampilan semata, sebaliknya perlu menilai dari segi usaha golongan selebriti yang cuba untuk berubah dengan menimba ilmu agama.

“Saya dapat banyak sangat komen negatif untuk majlis ilmu saya anjurkan sebelum ini, antaranya ada yang kata majlis itu untuk artis-artis sahaja, komen nak pakai tudung tutuplah elok-elok, tak susah nak pin tudung.

“Pertama sekali, awak semua kena ingat, Nora Danish dan kawan-kawan yang lain malah saya sendiri pernah berada di tempat mereka sebelum ini.

“Saya pun jahil dan banyak benda tak tahu. Tetapi cuba lihat perkara ini dalam sudut positif berbanding negatif,” katanya.

Sementar itu, Betty turut menjelaskan niatnya mengadakan majlis ilmu yang terbuka kepada rakan selebriti itu adalah untuk memberi mereka ruang dan peluang mendalami agama dengan selesa.

“Saya panggil artis saja sebab itu adalah target saya. Saya tahu mereka nak belajar tetapi mereka takut, tak tahu nak pergi ke mana, takut tak diterima, takut dikecam. Jadi saya buka ruang untuk mereka belajar secara perlahan-lahan,” katanya lagi.

@bettyrahmadali

Replying to @𝔂𝓻𝓶𝓲𝓼𝔃.𝓼 ♡ semoga kita lebih berhati hati dalam berkata kata kerana niat tidak menghalalkan cara 🙏

♬ original sound – Betty Rahmad | Sambal Queen – Betty Rahmad | Sambal Queen

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 7 Feb 2025

Pelakon Veteran, Roslan Saleh Meninggal Dunia

Roslan Saleh sebelum ini menghidap penyakit diabetes

Hiburan Tue, 3 Jun 2025
Featured Mon, 15 Jul 2024
Featured Mon, 14 Oct 2024
Hiburan Wed, 14 Feb 2018

JAMAH BUKU LIMA, ALTIMET BENGANG DENGAN PRINCHIQY DINZLY?

Kali ini, timbul pula isu terbaru apabila Altimet dikatakan bengang kerana cubaan Iqram Dinzly atau Princhiqy Dinzly ingin menceroboh persembahan beliau ketika menyanyikan lagu Amboi.

Featured Tue, 11 Oct 2022

Rizky Billar Cerai Talak Satu, Dakwa Lesti Kejora Bukan Isteri Yang Baik

Kisah keganasan rumah tangga membabitkan selebriti popular Indonesia, Lesti Kejora dan Rizky Billar nampaknya masih mendapat perhatian ramai pihak. Peguam Rizky, Adek Erfil Manurung berkata, Rizky dikatakan pernah melafazkan talak satu kepada Lesti ketika mereka […]

Hiburan Fri, 6 Sep 2019

“I’m Retiring”, Nicki Minaj Decided to Put Everything to a Halt

Haters make you famous, they say. But why did Nicki Minaj suddenly announced her retirement.

error: Content is protected !!