Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 10, 2024 @ 4:33pm

Digelar Penunggang Agama, Ini Respons Ruhainies – “Berprasangka Buruk, Biarkan Saja”

Pelakon Ruhainies membidas dakwaan segelintir pihak yang melabel dirinya sebagai penunggang agama.

Katanya, isu itu timbul susulan tindakannya berkongsi amalam berselawat di platform media sosial sebelum ini.

Malah, dia bersyukur ramai individu termasuklah pengikutnya yang mahu menyertai misi berselawat itu walaupun tempoh 40 hari itu sudah tamat.

“Kalau nak berprasangka buruk biarkan saja, saya cuma mahu kongsi amalan baik dan alhamdulillah saya dapat banyak DM (mesej langsung) yang mahu sertai misi berselawat ini bersama-sama dan ada juga baru nak mula,” ulasnya.

Dalam pada itu, Ruhainies juga mengaku selepas mengamalkan misi berselawat selama 40 hari, dia berasa kekok sekiranya tidak berbuat demikian.

“Saya percaya apabila kita jadikan berselawat sebagai rutin, rasa hari tak lengkap.

“Kalau tertinggal dan saya teruskan saja sampai sekarang sebab ibu pun sarankan saya buat kerana bukan sekadar dapat pahala malah mampu memberikan ketenangan.

“Sebagai manusia biasa kita tidak lari daripada memikirkan perkara yang kurang elok tetapi dengan berselawat saya dapat lencongkan hal negatif itu,” katanya.

Ruhainies

Mengulas lanjut, Ruhainies memaklumkan, dia juga kini menghadiri kelas agama secara atas talian.

Tambahnya, dia enggan menunjuk-nunjuk mengenai perkara itu kerana menganggap itu adalah urusannya dengan Allah.

“Saya juga ada sertai kelas agama tetapi secara atas talian.

“Bukan tak nak sertai majlis ilmu sebab ada juga kawan pelawa tetapi saya tak mahu kerana lebih selesa menjaga privasi.

“Kalau boleh tak nak ada kamera (tak mahu menunjuk).

“Biarlah urusan mengejar ilmu akhirat itu antara saya dan Allah saja,” jelasnya.

Terdahulu, Ruhainies menerusi hantaran di Instagram memaklumkan dia bersyukur kerana dikurniakan banyak nikmat sejak mengamalkan selawat.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 22 Apr 2024

Datin Red Dedah Datuk Red Tak Balik Beraya – “Saya Tak Post, Maksudnya Tak Ada La”

Alamak, kenapa Datuk Red tak balik raya dengan Datin Red tu?

Trending Thu, 9 Oct 2025

Media Prima & Primeworks Studios Ungguli Pencalonan FFM 34 Dengan 5 Kandungan Terbaik!

Lima karya terbitan Media Prima dan Primeworks Studios mengukuhkan dominasi mereka dalam industri kreatif apabila tersenarai dalam Top 5 Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM 34).

Eat Travel Fri, 23 Nov 2018

Bekas Jurusolek Korea Ini Hasilkan Roti Dengan Ilustrasi Yang Sungguh Kreatif

Comel sangat rasa macam tak sampai hati nak makan!

Hiburan Tue, 10 Dec 2019
#LaguXTRA Mon, 9 Oct 2023

Paduan Suara Wanna Ali & Aiman Ismail Dalam ‘Bukan Sekadar Lafaz’ Penuh Emosi

Wahh, syahdu sampai menusuk kalbu! Bukan Sekadar Lafaz memang terbaik.

Hiburan Thu, 23 Oct 2025
error: Content is protected !!