Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi December 10, 2024 @ 3:10pm

Syahmie Thsaqeef Terbuka Tayang Badan, Sanggup Lakon Babak Panas Demi Watak – “Saya Tetap Ada Prinsip & Batas”

Pelakon baharu, Syahmie Thsaqeef mengakui terbuka untuk ‘menayang’ badan dalam mana-mana naskah demi menjayakan sebuah watak.

Ketika ditemui XTRA, aktor yang lahir daripada program realiti Fit For Action anjuran TV3 ini menjelaskan dia sanggup melakukan apa sahaja tuntutan atas dasar meningkatkan kualiti lakonan.

“Saya bukan seseorang aktor yang suka-suka nak tayang badan. Sejujurnya, apabila saya dapat skrip atau sebuah projek saya akan memberikan se-maksima mungkin untuk watak itu.

“Ini bukan pertama kali saya tayang badan… sebelum jadi pelakon pun saya ada kongsi di media sosial. Setakat ini baru dalam satu hingga dua drama lakonan saya tunjuk badan,” katanya.

Dalam pada itu, Syahmie menjelaskan keterbukaannya terhadap ‘jual’ badan di kaca layar itu tidak bermakna dia terbuka untuk melakukan adegan panas yang melampaui batas, sekiranya ditawarkan oleh mana-mana pengarah.

“Untuk membawa watak ‘daring’ atau babak panas itu saya sanggup demi perkembangan kerjaya seni lakonan saya. Tetapi, saya juga ada batasan yang mana boleh dan tidak. Jadi perlu menilai seberapa ‘panas’ babak tersebut.

“Buat masa sekarang saya rasa keseronokan untuk menghidupkan sesuatu watak itu,” ujarnya.

Syahmie berkata demikian ketika ditemui di sidang media drama Benci Jadi Cinta di Sri Pentas, Bandar Utama pada Isnin.

Menyedari tindakannya itu berkemungkinan akan dikritik oleh netizen, Syahmie bagaimanapun tidak mengambil pusing dan memilih untuk memberi tumpuan sepenuhnya terhadap perkembangan dalam bidang lakonan.

“Saya percaya kita buat baik atau buruk orang tetap akan cakap. Mungkin iya, tayang badan boleh dapat kecaman tetapi pada akhirnya kita semua adalah pendosa, setiap hari berusaha untuk jadi baik.

“Saya masuk ke dalam industri hiburan untuk tunjuk pada orang apa yang saya boleh tawarkan dalam bidang ini, bukan nak cipta kontroversi,” akhirnya.

Dalam perkembangan lain, Syahmie telah menjayakan sebuah drama bersiri vertikal pertama iaitu Benci Jadi Cinta yang disiarkan di platform TikTok Drama Sangat.

Drama tersebut berkisarkan tentang tema cinta dan komedi yang turut membariskan Harissa Adlynn dan Zheng Ning sebagai teraju utama.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 10 Mar 2024
Hiburan Wed, 25 Sep 2019

Cinta Sejenis Miley Cyrus Bertahan Hanya 2 Bulan!

Penyanyi Miley Cyrus (26 tahun) menggegarkan Hollywood apabila dia mengumumkan penceraiannya dengan pelakon, Liam Hemsworth awal Ogos lalu, selepas hanya 8 bulan berkahwin. Yang paling menggemparkan? Ura-ura perpisahan itu adalah kerana  dia sedang dilamun cinta […]

Featured Wed, 13 Nov 2024

Ahmad Idham Kecewa, Artis Baru ‘Lapar’ Publisiti – “Jika Berlaku Insiden Buli, Boleh Maklum Pada Pengarah Bukan…”

Jika wujud insiden buli oleh pelakon senior seperti yang didakwa pelakon baru itu, mereka boleh sahaja maklumkan kepada pengarah dan bukannya pihak media.

Events Fri, 30 Nov 2018

Nick Jonas, Priyanka Chopra Kahwin ESOK?

Wedding Of The Year ini bakal dihadiri oleh kaum keluarga Jonas yang terbang dari Amerika Syarikat termasuk Joe Jonas dan tunangnya, aktres Britain, bintang ‘Game of Thrones’, Sophie Turner.

Trending Tue, 14 May 2024

“Orang Tak Tengok Saat Kita Sabar, Tapi Tengok Saat Kita Kurang Ajar” – Kak KM

“Orang tak tengok saat kita sabar, tapi saat kita kurang ajar,” demikian kata usahawan terkenal Liana Rosli atau Kak KM yang lantang mengulas punca sesuatu hubungan itu menjadi hambar dalam kehidupan berpasangan. Menurut Kak KM, […]

Hiburan Mon, 19 Nov 2018

项婕如、蔡凡熙及张立昂11月21日来马!

配合《有五个姐姐的我就注定要单身了啊!》即将上映!演员项婕如、蔡凡熙及张立昂11月21日来马,展开一连三天的宣传活动。

error: Content is protected !!