Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 10, 2024 @ 4:30pm

Didakwa Gagal Langsai Hutang MARA Hampir RM1 Juta, Che Ta Sempat ‘Wish’ Hari Lahir Anak Di IG

Susulan laporan mengenai rumah pelakon dan usahawan terkenal, Rozita Che Wan diserbu oleh pihak Majlis Amanah Raya (MARA) akibat gagal membayar hutang pinjaman bernilai hampir RM1 juta, aktres itu bagaimanapun sekali lagi mencuri tumpuan.

Mana tidaknya, walaupun namanya kini menjadi topik perbualan hangat di media sosial, namun Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta kelihatan sempat memuat naik foto beserta ucapan hari lahir buat anak keduanya, Aniq Ezra yang ke- 26 tahun.

“Happy 26th birthday to anak mummy yang kecil-kecil dulu macam bear. Nasib baik bila dah besar segak,” coretnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1)

 

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet tampil menitipkan ucapan hari ulang tahun buat Aniq.

Bahkan, tidak kurang juga yang meninggalkan komen berkenaan isu yang menimpa dramatis itu.

Terdahulu, media melaporkan ketika serbuan dibuat di rumah aktres berkenaan, Che Ta dan suaminya, Zain Saidin tidak ada di rumah sebaliknya hanya ibunya sahaja yang berada di kediaman mewah itu yang terletak di Kota Damansara.

Bagaimanapun, sejam kemudian anak lelakinya, Ammar Effendi tiba di kediaman tersebut.

Bagaimanapun, sehingga kini Che Ta masih mengunci mulut berhubung isu tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN:Rumah Diserbu Pihak MARA, Che Ta Didakwa Gagal Bayar Hutang Mara Hampir RM1 Juta

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 31 Aug 2019

《八度空间嘉年华》盛大举行!邀你共度中秋佳节庆团圆

2019年《八度空间嘉年华》盛大举行!9月7日和8日,邀你出席雪兰莪莎阿南Central i-City,共度中秋佳节庆团圆。

Trending Wed, 20 May 2020
Trending Tue, 26 Nov 2019

It’s Tomorrow! Limited Edition Hello Kitty Holder Is Here At McDonald’s Malaysia!

Who could resist a cute Hello Kitty merchandise? NO ONE!

Featured Wed, 5 Apr 2023

Didakwa Kena Sidai 4 Jam, Individu Tampil Dedah Cara Kerja Janna Nick?

Alamak kes apa pulak ni? Lamanya kena sidai!

Featured Tue, 3 Mar 2026

Zul Ariffin Enggan Berlakon Cerita ‘Curang’ – “Cukuplah Tu, Saya Saje Je Try”

Demikian respons pelakon popular, Zul Ariffin apabila memberi bayangan tidak lagi mahu terlibat dalam naskhah bertemakan kecurangan selepas drama Bisik Asmara.

Events Thu, 31 May 2018

Kempen Terima Kasih Rangkaian Televisyen Media Prima: 5 Acara Padang Paling ‘Awesome’!

uat anda yang tidak mahu melepaskan peluang menyertai pelbagai aktiviti menarik bersama para duta kempen, xtra senaraikan 5 Acara Padang Paling ‘Awesome’ sepanjang Ramadan dan Syawal kali ini!

Featured Fri, 11 Aug 2023

Syafiq Kyle, Mimi Lana Batal Pernikahan?

Alamak, kenapa dengan lovebirds ni?

Featured Thu, 3 Jun 2021

Sistem Kesihatan Mungkin Lumpuh Sepenuhnya Menjelang 5 Jun

Sistem perkhidmatan kesihatan negara boleh lumpuh menjelang 5 Jun ini sekiranya sekatan pergerakan menyeluruh tidak dilakukan. Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, ia unjuran situasi terburuk di Malaysia memandangkan kadar jangkitan harian semakin […]

Featured Wed, 24 May 2023
error: Content is protected !!