Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 12, 2024 @ 1:45pm

Diarrhea 5 Hari & Terkena Jangkitan E.Coli Jadi Punca Khairul Aming Dikejarkan Ke Hospital

Personaliti media sosial, Khairul Aming akhirnya mendedahkan punca sebenar penyakit yang dialaminya selepas laporan berita dia dikejarkan ke hosiptal tular.

Kata Aming, selepas beberapa hari ditahan di hospital akibat mengalami diarrhea selama lima hari tanpa henti, punca sebenar dia mengalami masalah itu adalah disebabkan terkena jangkitan E.Coli.

“Baru lepas discharge dari hospital. Rupanya tekena jangkitan E.Coli masa buat bantuan banjir minggu lepas.

“Teruk juga terkena diarrhea lima hari tak berhenti sampai lesu badan dihidrated.

“Alhamdulillah sekarang dah sembuh dan boleh sambung kerja macam biasa,” katanya.

Perkara itu dikongsi Aming menerusi hantaran terkini di ruangan Instagram Story miliknya.

Sebelum ini, Khairul atau nama penuhnya Khairul Amin Kamaruzaman, 32, sebelum ini telah mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta.

Namun, keadaannya memerlukan rawatan lanjut di hospital selepas simptom yang dialaminya tidak menunjukkan tanda-tanda pemulihan sejak pulang dari Misi Bantuan Orang Baik di Kelantan baru-baru ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 10 May 2023
Hiburan Mon, 1 Jan 2018

Sepupu Rihanna Ditembak Mati Selepas Rai Krismas

Kemeriahan sambutan hari Natal penyanyi Rihanna sekeluarga bertukar tragedi apabila sepupunya, Tavon Kaiseen Alleyne, ditembak mati  beberapa jam selepas meraikan perayaan itu bersama. Menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya, Rihanna memuat naik foto dirinya bersama Alleyne […]

Hiburan Mon, 7 Jan 2019

Amira Othman Tak Mahu Karya ‘Asal Boleh’

Kenapa agaknya Amira lama menyepi?

Hiburan Tue, 11 Nov 2025
Acara Sat, 17 Aug 2019
Featured Fri, 21 Dec 2018
error: Content is protected !!