Euforia Bola 2026
Hiburan By: Ad Ops December 21, 2017 @ 10:07am

6 VIDEO ARTIS PALING DIKECAM TAHUN 2O17!

Tahun 2017 hampir melabuhkan tirainya, pelbagai isu kontroversi menghimpit dunia hiburan pada tahun ini. Bermula dengan kes video viral yang menerima kecaman netizen sehingga kepada kes yang membawa kepada pergaduhan. Jom kita lihat kembali 5 artis dengan video paling kontroversi pada tahun ini.

 

1Fathia Latiff dan Bego Live

Industri hiburan dikejutkan dengan satu video kontroversi menerusi sebuah aplikasi Bego Live milik pelakon Nastaha Ellyza pada bulan September yang lalu. Video tersebut menunjukkan aksi tarian ghairah pelakon terkenal iaitu Fathia Latiff. 

 

 

Pada mulanya, Natasha  menafikan bahawa wanita dalam video itu merupakan Fathia Latiff, namun begitu beberapa hari kemudian Fathia sendiri telah tampil dan mengakui bahawa wanita di dalam video itu adalah dirinya. 

Fathia turut memuat turun video di akaun Instagram miliknya dan meminta maaf kepada netizen di atas kesilapannya. 

Tindakan tersebut telah menyebabkan Fathia menerima pelbagai kutukan dan kecaman daripada netizen. Fathia juga digugurkan daripada drama La Luna kerana masalah disiplin. Nampaknya, tahun 2017 merupakan tahun paling kontroversi buat pelakon ini. 

 

2. Shila Amzah dan ‘British Accent’

Shila Amzah  merupakan artis yang aktif sebagai “Youtuber”. Dengan menggunakan laman Youtube sebagai platform untuknya berinteraksi dengan peminat maka tidak hairanlah sekiranya video – video yang dimuat turun oleh Shila Amzah mendapat perhatian netizen.

 

 

Setelah mengikat tali pertunangan pada bulan November lalu bersama seorang jejaka yang bekerja di sektor kewangan di London, Shila telah memuat naik satu video yang menunjukkan Shila cuba bercakap dalam slang British dengan menggunakan ayat “I can’t use my older accents”.

Video tersebut tular di laman sosial dan dikecam hebat oleh netizen yang rata-ratanya melabelkan Shila sebagai ‘poyo’ dan ‘show off’ kerana dilihat seperti sengaja dibuat-buat.

Berikutan insiden tersebut, Shila Amzah telah menutup akaun Twitter miliknya dan mendakwa dia sudah serik menjadi mangsa buli siber.

 

3. Aliff Aziz dan Afifah Nasir kantoi di pusat “karaoke”

Perkahwinan pasangan sweet Alif Aziz dan Bella Astillah dilanda badai apabila rakaman video CCTV di sebuah pusat karaoke antara Alif Aziz dan pelakon baru iaitu Afifah Nasir tular di media sosial.

 

 

Rakaman video CCTV tersebut menunjukkan Aliff Aziz beraksi mesra dan berpegangan tangan dengan Afifah Nasir di sebuah pusat karaoke.

Selepas insiden tersebut, Bella Astillah telah tampil menjelaskan kepada media bahawa berlaku pergelutan antara dia dan Aliff Aziz di pusat karaoke sehingga menyebabkan Bella mengalami kecederaan kecil.

Lantaran insiden itu, kedua- dua pihak telah tampil membuat sidang media untuk menjelaskan situasi sebenar. Aliff telah meminta maaf kepada semua pihak dan berjanji untuk tidak mengulangi kesilapannya manakala Afifah Nasir pula masih menafikan insiden tersebut. 

 

4. Mas Idayu dan Shima 

Penyanyi dangdut terkenal iaitu Mas Idayu mencipta kontroversi pada tahun ini berikutan kritikannya terhadap penyanyi daripada indonesia, Shima di sebuah rancangan nyanyian di Indonesia. 

 

 

Rakaman video itu menunjukkan Mas Idayu sebagai juri telah melontarkan komen dan mengkritik nyanyian Shima dengan menengking penyanyi berkenaan.

Rata- rata netizen  mengecam tindakan Mas Idayu yang telah memalukan Shima di khalayak ramai sehingga menyebabkan penyanyi tersebut menangis.

Selepas video tersebut tular di laman sosial, netizen telah membuat parodi video ini dengan hashtag “ada nampak mommy happy?”

 

5. Adegan “bercium” Fattah Amin dan Janna Nick

Kisahnya bermula apabila kedua-dua adegan pelakon ini dirakam di set penggambaran oleh sahabat baik Janna Nick iaitu Farah Mendoza. Farah telah merakam adegan kedua-dua pelakon ini  tanpa pengetahuan daripada pihak produksi drama tersebut.

Video ini menerima kecaman dan kutukan daripada netizen kerana adegan tersebut memaparkan seolah- oleh Janna dan Fattah sedang melakonkan aksi bercium.

 

 

Namun begitu, Janna Nick telah tampil menjelaskan bahawa adegan tersebut merupakan teknik kamera semata-mata. Fuh! Menurut Janna, walaupun dia dan Fattah merupakan pelakon professional namun mereka masih mengetahui batas dan had mereka sebagai orang Islam.

 

6. Iqram Dinzly dan Aksi Lucah di Instagram Live

Pelakon Iqram Dinzly yang sudah lama tidak muncul di kaca televisyen mencipta kontroversi dengan rakaman ‘live’ di akaun Instagram milik beliau.

Dalam rakaman tersebut, Iqram yang ingin dikenali dengan nama Princhiqy Dinzly mempamerkan aksi lucah dan pelik. Rakaman itu mendapat perhatian netizen dan menjadi tular di laman sosial. Berikutan insiden itu, Iqram dilabelkan sebagai tidak waras dan gila.

Netizen turut mempertikaikan tindakan Iqram yang sering berswafoto di perkuburan ayahnya. Tindakan pelik itu mengundang persoalan netizen sama ada  Iqram sudah tersesat jauh dari ajaran Islam atau apakah itu cara Iqram untuk meraih publisiti peminat. 

Buat artis-artis di luar sana, berhati-hatilah dengan apa sahaja yang anda lakukan di laman sosial. Walau bagaimanapun, kami di Xtra mengharapkan perkembangan yang terbaik dan positif pada tahun hadapan!

 

 

 

 

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Mon, 18 Apr 2022

Gatick Padam Kiriman Teks Untuk Lacurkan Tangmo Terbongkar

Sikit-sikit kebenaran terbongkar kan???

Hiburan Sun, 8 Feb 2026

Lan Pet Pet Mohon Maaf Kepada Nur Fazura Isu Lawak Luc*h

Isu lawak lucah, Lan Pet Pet mohon maaf kepada Nur Fazura.

Hiburan Fri, 8 Jun 2018

Alunan Ayat Al-Quran Raja Atiq, Buat Semua Peminat Kagum

Siapa sebenarnya Raja Atiq, sehingga bacaan Al-Quran beliau begitu lunak sekali?

Hiburan Tue, 26 Mar 2019

4,000 Peminat Banjiri Stadium Axiata Arena Demi Ong Seong Wu

Peminat mesti fanatik jumpa oppa diorang kan?

Featured Mon, 4 May 2026
Events Thu, 5 Sep 2019

AKB48 Team TP二期生招募!成员分享经验:做自己妆不要太浓

20年前签下Penny戴佩妮的「台湾天王天后幕后推手」陈子鸿,相隔多年再来马为AKB48 Team TP招募新成员,希望把有潜质的女生带到台湾受训和发展。

Featured Sat, 6 Aug 2022
Featured Fri, 16 Dec 2022

Anthony Loke Menyamar Lagi.. Kali Ini Tinjau Situasi KTM

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila menyamar sebagai penumpang biasa bagi meneliti dan memeriksa sendiri keadaan perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu (KTM), semalam. Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Facebook, Loke menaiki […]

error: Content is protected !!