Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi December 13, 2024 @ 3:40pm

Individu Soal Lana Nodin Sempat Minta Maaf Atau Tidak Dengan Rakan Selebriti Sebelum Tunai Umrah, Ini Respons Empunya Badan

Pelakon, Lana Nodin tampil membidas komen individu yang mempersoalkan sama ada selebriti ini sudah meminta maaf kepada selebriti yang pernah dikritiknya sebelum berangkat menunaikan ibadah Umrah.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs) miliknya, Lana memuat naik tangkapan skrin memaparkan komen individu tersebut yang mendakwa aktres drama rantaian Suamiku Lelaki Pendosa ini mengata rakan artis secara terang-terangan.

Tidak berdiam diri, Lana menepis dakwaan itu sekali gus mempersoalkan tindakan itu itu yang meninggalkan komen seolah-olah mengenali dirinya.

“Hebat sister ni. Dia boleh jadi hakim esok dekat padang masyar sebab dia lebih tau dosa dan pahala saya sebelum ke Umrah. Apapun, Alhamdulillah. Terima kasih sisteri ingatkan. Awak dah minta maaf dengan saya juga tak?,” bidasnya.

Sebelum ini, Lana memaklumkan dia bakal menjalani ibadah Umrah bersama anak-anak dan suami tersayang yang dibiayai secara DIY.

“Alhamdullilah tahun ni Allah SWT mengizinkan kami sekeluarga megerjakan umrah DIY bersama suami dan anak-anak. Terima kasih sahabat-sahabat dan ahli keluarga yang mendoakan perjalan kami selamat sampai di sini,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lana Nodin (@lananodinmckienzie)

Artikel Berkaitan: “Bukan Skrip Je Baling, Kerusi Pun Boleh Melayang!” – Lana Nodin Berang Pelakon Baharu Tak Bersedia Di Set Penggambaran

Artikel Berkaitan: Lana Nodin Tegur Fazura, Minta Henti Sebar Aib Bekas Suami! – “Bila Memilih Beritahu Satu Dunia, Mungkin Awak Bukan Mangsa”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 29 Jan 2018

LADY CRASHES CAR INTO STAIRCASE AFTER SEEING COCKROACH IN CAR

Cockroaches are scary as heck, but imagine seeing one right inside your car while driving!

Featured Fri, 31 Mar 2023

Selepas Pulang Umrah Bersama, Shuk Sahar & Rossa Sera Sah Bercerai

Semoga urusan mereka berdua dipermudahkan

Trending Tue, 2 Jun 2020

PKPB: Boleh Rentas Negeri Untuk Urusan Akad Nikah, Sesi Foto Pra Perkahwinan

Berita baik buat pasangan yang ingin berkahwin..

Hiburan Fri, 22 Nov 2019

“Ada Peningkatan Tapi Perjalanan Masih Jauh” -Abby Abadi

Alhamdullillah! Berkat doa insyaAllah Baby D akan semakin sihat

Hiburan Tue, 9 Apr 2019
Trending Mon, 21 Jun 2021
Trending Tue, 23 Aug 2022

“Wow! Vokal Mereka Sebiji Macam Recording” – Persembahan Dolla Dapat Pujian Peminat

Bakat nyanyian yang dimiliki oleh kumpulan Dolla ternyata semakin mendapat perhatian peminat. Kumpulan yang dianggotai empat penyanyi wanita iaitu Sabronzo, Tabby, Syasya dan Angel itu telah banyak membuat persembahan yang dapat memukau penonton. Terbaharu, kumpulan […]

Hiburan Fri, 8 Jun 2018

‘Police Entry’ Taruhan Terbaru Elizabeth Tan

Tambah Elizabeth, selepas bernaung di bawah Warner Music, dia mula fokus dengan perancangan masa depan dalam industri.

error: Content is protected !!