Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida July 16, 2018 @ 6:09am

Dua Tahun Sendiri, Amelina Bakal Kahwin?

Ehem…selepas dua tahun bergelar ibu tunggal, ada khabar bertiup mengatakan penyanyi dangdut terkenal, Amelina bakal berkahwin tak lama lagi. Betul ke ni?

Kononnya, penyanyi lagu Rindu ini bakal bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Disember.

Namun begitu, khabar ini disangkal oleh penyanyi itu sendiri.

“ Calon pun tak ada, macam mana nak kahwin? Gosip itu salah dan saya sendiri tak mengetahuinya,” katanya.

Amelina dan bekas suaminya, Reduan Mahmood bercerai pada tahun 2016 dan menerusi perkahwinan itu mereka dikurniakan enam cahaya mata.

Dalam pada itu, Amelina tidak menafikan dia ada berkawan dengan lelaki namun tidaklah sampai ke tahap berkahwin.

“ Saya belum terfikir untuk mencari pasangan hidup kerana fokus saya buat masa ini ialah mencari rezeki bagi menampung anak-anak.

“ Soal kahwin ini bukannya perkara mudah dan saya perlu berfikir tentang banyak perkara. Paling utama di sini, ada ke mana-mana lelaki sanggup menerima saya yang mempunyai enam orang anak?,” soalnya.

Jangan lah cakap begitu kak…Orang cantik dan baik macam Kak Amelina ni pasti ramai yang menaruh hati. Ye tak?

Bagaimanapun, Amelina mengaku dia tidak menutup hati untuk berkahwin buat kali kedua.

“ Jodoh itu di tangan Tuhan. Sekiranya satu hari nanti saya berkahwin, saya tak akan rahsiakannya daripada semua,” katanya.

Insha Allah…kita doakan Kak Amelina berjumpa dengan pasangan hidup yang mampu menerimanya tak lama lagi ya! Amin

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 10 Jan 2018

WHEN WILL SHARIFAH SAKINAH APOLOGISE FOR DISRESPECTING THE LATE KIM JONGHYUN?!

Janna Nick has made an apology for laughing at Sharifah Sakinah’s disrespectful joke about the late Kim Jonghyun but the latter has yet to say anything.

Featured Thu, 23 Sep 2021
Kisah Viral Wed, 28 Aug 2024
Hiburan Tue, 13 Mar 2018

Azharina Impi Trofi AJL-33

Siapa tahu kan tuah angka ke 33 tahun ini menyebelahi Nina tahun ini…

Hiburan Wed, 3 May 2023
Featured Sat, 5 Mar 2022

Usaha Murni Suami Mira Filzah Dipuji, Aplikasi Tarteel Beri Kemudahan Untuk Menghafaz Ayat al-Quran

Alhamdulillah.. Semoga aplikasi ini dapat memberi manfaat buat kita semua ☺️

error: Content is protected !!