Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi December 13, 2024 @ 5:28pm

Hantar Tuntutan LOD, Yuka Kharisma Minta Aisha Retno Beri Kerjasama – “Biar Mahkamah Tentukan Siapa Benar & Salah” 

Pengasas syarikat Kharisma Music International dan penyanyi, Yuka Kharisma meminta pihak penyanyi, Aisha Retno untuk memberi kerjasama berhubung konflik antara mereka.

Memetik laporan Berita Harian, Yuka memaklumkan peguam mewakilinya sudah menghantar surat tuntutan (LOD) kepada Aisha, bagaimanapun sehingga kini masih tiada maklum balas daripada pihak pelantun lagu Sutera tu.

“Untuk urusan ini saya sudah serahkan pada peguam untuk selesaikan. Aisha juga sudah menerima surat tuntutan.

“Seharusnya dia memberi kerjasama jika mahu menamatkan semua permasalahan ini. Biar mahkamah menentukan siapa benar dan siapa salah.

“Kenapa saya yang harus menghubunginya? Setahu saya, peguam sudah menghantar surat untutan dan masih menunggu jawapan,” katanya menjawab dakwaan seolah-olah mengatakan dia enggan bersemuka dengan Aisha.

Sementara itu, Yuka turut menjelaskan dia tidak serik untuk menjadi penganjur konsert bagi artis muda atau Budak Baru Nak Up (BBNU).

“Bagi saya, isu ini bukan mengenai artis senior atau BBNU, tetapi lebih kepada individu tersebut,” katanya.

Terdahulu, konsert solo Aisha Retno Malam Sutera Live In Concert yang dijadualkan berlangsung pada 16 November lalu telah dibatalkan seminggu sebelum oleh pihak penganjur iaitu, Kharisma Music International atas faktor penjualan tiket tidak memberangsangkan.

Susulan itu, Aisha dalam satu kenyataan dimuat naik di Instagram menganggap pembatalan konsert tersebut sebagai satu penindasan, selain turut mendedahkan dia tidak dimaklumkan lebih awal berhubung keputusan tersebut.

Artikel Berkaitan: Jualan Tiket Tak Dapat Sambutan, Penganjur Batalkan Konsert Sulung Aisha Retno Malam Sutera

Artikel Berkaitan: “Moga Dia Menjadi Penyanyi Yang Berjaya, Tak Tumpang Populariti Orang Lain &  Hanya Padang Mahsyar Boleh Menjawab”- Aisha Retno

Artikel Berkaitan: Terima Banyak DM Dari Peguam, Aisha Retno Bakal Bongkar Lebih Banyak Bukti

Sumber: BH Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 24 May 2025

Konsert ‘Desaku Mendunia’ Raikan MAWO, Tampil Jamal Abdillah & Dayang Nurfaizah

MAWO bakal harum nama negara di Prague, Republik Czech.

Hiburan Wed, 13 Mar 2019

‘Terima Kasih Wawa’- Aeril Zafril Doa Isteri Terus Setia Di Sisi

Pada usianya sekarang, saya melihat banyak peningkatan dalam diri Wawa terutama dalam perniagaan yang diusahakan.

Featured Tue, 9 Aug 2022
Hiburan Wed, 20 Nov 2024
Featured Mon, 1 Nov 2021

Bomba Temui Bayi Lelaki Berusia Setahun Rentung Dalam Kebakaran

Satu kebakaran berlaku membabitkan seorang bayi lelaki berusia setahun rentung di sebuah unit di flat Jalan Dua, Pusat Bandar Sandakan, pada Jumaat. Dalam kejadian kira-kira jam 11.05 malam itu, pihak bomba menemui seorang bayi yang […]

Kes Mahkamah Thu, 2 May 2024
Hiburan Tue, 17 Mar 2026

Hilang Dalam Rindu 2 Kembali Sentuh Emosi, Jazmy Juma & Tracie Sinidol Harungi Cabaran Baharu Sebagai Ibu Bapa

Hilang Dalam Rindu 2 menampilkan kembali gandingan Jazmy Juma dan Tracie Sinidol sebagai teraju utama, selain turut dibintangi Zarif Ghazzi.

Hiburan Mon, 4 Feb 2019

Tak Sia-Sia Bawa Pelamin Ke Pentas AJL 33, Sufian Suhaimi Menang Persembahan Terbaik

Menerusi tinjauan kami di laman Youtube TV3, video persembahan yang mendapat standing ovation membuatkan persembahan ini turut trending di Twitter.

Hiburan Mon, 4 Nov 2024

Bekas Isteri Berubah Selepas Kerja Sebagai Pramugari, Gagal Kawal Kemarahan Antara Punca Idzham Ismail Lafaz Cerai

Lepastu satu, satu kes selebriti.. kali ni Idzham Ismail pula sah cerai dengan isteri 🥹😭😭

error: Content is protected !!