Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 17, 2024 @ 8:23pm

Insiden Jatuh Pentas, Ismail Izzani Dedah Otot Kaki Kiri Lebih Kecil Berbanding Kanan – “Tak Boleh Menari Selama 6 Bulan”

Penyanyi dan pelakon, Ismail Izzani mengaku mengalami masalah lutut disebelah kaki kirinya selepas terlibat dalam insiden jatuh dari pentas utama ketika membuat persembahan di Konsert REMA Malaysia pada 21 Oktober lalu.

Susulan insiden berkenaan, Ismail  Izzani atau nama penuhnya, Ismail Izzani Zainal Nazeri, 23, terpaksa ‘berhenti’ menari selama enam bulan akibat masalah lutut yang dikenali sebagai ‘Meniscus Tear’.

“Ada masalah pada bahagian lutut kiri saya yang dikenali sebagai ‘meniscus tear’, tapi saya belum sempat untuk buat pemeriksaan lanjut.

“Saya akan buat pemeriksaan selepas ini. Doktor pun nasihatkan saya tidak boleh menari untuk tempoh pemulihan kira-kira enam bulan.

“Dalam masa sama, saya kena buat beberapa senaman untuk kuatkan balik kaki,” ulasnya.

Ismail berkata demikian ketika ditemui pada sidang media The Impiano Experience 2.0 Ismail Izzani yang diadakan di Aquaria KLCC pada Isnin.

Menganggap insiden berkenaan tidak serius,  pelantun lagu Luar Biasa itu bagaimanapun mengalami sakit kaki yang berpanjangan selepas sedar bahawa otot pada kaki kirinya lebih kecil berbanding kaki kanannya.

“Masa kejadian saya ingat tidak serius tetapi selepas tiga minggu, kaki saya masih sakit.

“Otot pada kaki kiri saya pula lebih kecil berbanding kaki kanan. Itu yang buat saya risau sebab kaki nak pakai lama.

“Saya pula banyak bergerak. Jadi, saya memang akan buat pemeriksaan pada masa akan datang,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 7 Jan 2026

“Paling Kurang Ajar Setakat Pagi Ini” – Zara Zya Naik Angin Terima Komen L*cah

Jelas Zara Zya, dia turut menerima pelbagai kata-kata keji termasuk gurauan kasar dan penghinaan

Featured Thu, 5 Aug 2021

Wujudkan 320,000 Peluang Kerja – Menteri Kewangan

Menurut Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, kerajaan menerusi inisiatif Majlis Pekerjaan Negara sudah berjaya membantu mewujudkan 320,000 peluang pekerjaan setakat ini. Beliau berkata, majlis itu ditubuhkan dengan sasaran mewujudkan 500,000 pekerjaan dan […]

Trending Wed, 20 Apr 2022
Trending Fri, 16 Nov 2018

Gadis Terdesak Lelong Dara Dengan Harga RM12 Juta?

Giselle dikatakan telah berjaya menemui ‘pembelinya’ yang sanggup membeli pada harga lebih 12 juta

Hiburan Fri, 19 Jan 2018

IS THERE A POSSIBLE COLLABORATION BETWEEN BTS & MAROON 5?

Maroon 5 has been dropping hints! This might be ARMYs’ dream come true as two great artists possibly come together as one!

Featured Fri, 12 May 2023
Hiburan Sat, 4 Aug 2018

Wow! Kendall Jenner Tak Berahsia Lagi

Pasangan ini dilihat tidak lagi merahsiakan hubungan mereka daripada orang awam. Mereka juga dilihat sering berjalan sama di Los Angeles.

Featured Wed, 13 Sep 2023
error: Content is protected !!