Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 18, 2024 @ 12:27pm

Shila Amzah Mengaku Ubai Tertekan Dituduh ‘Kaki Pukul’

Penyanyi popular, Shila Amzah mengaku kenyataannya yang dimuat naik di ruangan Instagram Story baru-baru ini berkenaan keganasan isu rumah tangga telah disalah erti oleh segelintir pihak.

Susulan isu tersebut, suaminya, Ubai MZ menerima respons negatif dalam kalangan netizen yang menuduhnya sebagai ‘kaki pukul’.

Enggan isu tersebut terus disalah erti, Shila atau nama penuhnya, Nurshahila Amir Amzah, 34, memaklumkan bahawa suaminya berharap agar tuduhan itu dihentikan segera.

Ini kerana, selain berasa tertekan, Ubai juga merasa kecewa dan sedih dengan penularan berita palsu itu.

“Ubai kecewabila orang tuduh dia. Dia patah seribu dan mengadu dengans aya.

“Dia juga tertekan bila banyak sangat baca berita palsu mengenai dakwaan itu,” katanya kepada pemberita.

Berkongsi lanjut, Shila menjelaskan, Ubai antara individu yang banyak membantunya berdepan dengan trauma keganasan rumah tangga pada perkahwinannya dulu.

Malah, trauma yang dilaluinya itu membantunya mendapat ilham untuk menyambung karyanya yang tertunggak sejak dua tahun lalu.

“Selepas isu itu (keganasan rumah tangga) saya teringat ada lagu yang pernah saya tulis mengenai perkara ini tapi tak dapat dihabiskan.

“Masa tu saya terlalu tertekan dan trauma hingga buatkan saya tak mampu nak habiskan lagu tu. Tapi disebabkan Ubai sudi membantu saya, jadi dia tulis lirik sekali.

“Ubai banyak bantu saya berdepan dengan trauma saya dan lagu itu mengisahkan tentang kekerasan yang saya alami selama ini, ” jelasnya.

Bahkan, selain pernah mengalami situsai sama, tujuan perkongsian yang dibuat sebelum ini adalah untuk memberi kesedaran kepada mangsa yang terlibat supaya bangkit dan tidak takut menyuarakan masalah mereka.

ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa Beli Motosikal Guna Duit Shila Amzah, Ubai Tampil Beri Respons Padu! – “Dasar Kepala Paip!”

ARTIKEL BERKAITAN:Kenyataan Disalah Erti, Shila Amzah Berang Ubai Didakwa Kaki Pukul

ARTIKEL BERKAITAN:“Biawak Hidup! Daripada Kahwin Sampai Cerai, Satu Haram Pun Tak Bagi” – Luah Rasa Berang, Ubai MZ Tujukan Kepada Siapa Tu?

ARTIKEL BERKAITAN:Ubai MZ Dedah Derita Shila Amzah – “Tanggung Bekas Suami, Bekerja Di Awal Usia 10 Tahun, Tak Pernah Pegang Duit, Kad Bank & IC Sendiri Sehingga…”

 

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 21 Dec 2020
Hiburan Tue, 29 Jan 2019

Selepas Filem Hanya Kawan, Jojie Aminuddin Berlakon Teater Komedi

Wah…lama kita tak tengok Kak Jojie berlakon kan? Good Luck!

Events Wed, 9 Jan 2019

HAHA Dan Kim Jong Kook Buat Konsert Di Malaysia?

Haa, apa tunggu lagi peminat Sparta dan HAHA jangan menangis pula kalau tak dapat pegi konsert ye. Kami dah tolong war-war kan ni!

Featured Mon, 6 Apr 2026

Kamal Adli Dedah Menangis Persis Budak-Budak Saat Lafaz Cerai, Titip Pesan Buang Ego – “Ikut Saja Kehendak Isteri Selagi Tak Merosakkan Diri”

Pelakon Kamal Adli berkongsi momen paling sukar untuknya apabila mengimbau kembali saat melafazkan talak kepada isterinya bekas isterinya, Uqasha Senrose.

Featured Fri, 9 Sep 2022
Hiburan Thu, 16 Aug 2018

Komen Negatif Netizen Macam Hiburan, Nabila Huda Tak Ambil Hati

Saya pakai scarf sebab malas nak menghias rambut.Saya pun jarang pergi majlis fesyen kecuali atas jemputan rakan rakan. Kalau ikutkan saya lebih suka duduk rumah sahaja.

Hiburan Fri, 4 May 2018

Selamat Pengantin Baru Azrinaz!

“Saya juga mahu hidup berpasangan seperti kalian semua lengkap melengkapi dalam meniti hari tua,” tulisnya…

error: Content is protected !!