Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin December 21, 2020 @ 10:31am

Cara Mudah Mohon i-Sinar Secara Online, Tanpa i-Akaun Pun Boleh!

Kemudahan i-Sinar kini dibuka kepada semua ahli KWSP yang terjejas pendapatan akibat Covid-19 dengan permohonan dalam talian bermula hari ini.

Kriteria kelayakan bagi Kategori 1 membabitkan ahli yang bekerja di sektor formal, bekerja sendiri, bekerja di dalam sektor ekonomi gig, yang sudah lama tidak mencarum, yang hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji

“Bagi kategori ini tiada dokumen sokongan diperlukan; kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP dan ahli hanya perlu memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 21 Disember 2020.

ARTIKEL BERKAITAN : Syarat Layak Mohon i-Sinar, Pengurangan Sehingga 30 Peratus

Mohon i-Sinar kategori 1 TANPA i-Akaun

Berikut merupakan langkah-langkah untuk membuat permohonan i-Sinar yang telah dikongsikan menerusi portal rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan menerusi muat naik pengguna Facebook Syima Rifqi Aisy

  1. Layari portal rasmi i-Sinar di isinar.kwsp.gov.my/
  2. Isikan nombor kad pengenalan ATAU Mykad pemohon
  3. Isikan Nombor Telefon Bimbit,Alamat Email, Alamat Rumah,Poskod, Bandar,Negeri
  4. Pilih Amaun Pendahaluan ( Berdasarkan syarat layak), amaun bulanan pula ditentukan oleh KWSP dalam tempoh 6 bulan.
  5. Selepas buat pilihan Amaun, pilih Bank
  6. Pilih Bank untuk permohonan pengeluaran i-SINAR online Masukkan Akaun Bank (Simpanan / Semasa) Aktif untuk buat pengeluaran i-SINAR
  7. Pastikan nombor akaun bank aktif & betul bagi memastikan bayaran i-SINAR masuk tanpa sebarang masalah.
  8. Sila sahkan bahagian pengesahan permohonan.
  9. Klik Hantar
  10. Permohonan anda akan diproses dan semakan boleh dibuat mulai 4 Januari 2021

Pastikan semua maklumat yang diisi adalah betul dan TIDAK terdapat sebarang masalah berlaku. Sekiranya terdapat keraguan, bolehlah terus ke kaunter atau kiosk KWSP.

Mohon i-Sinar secara online (i-Akaun)

Bagi pemohon yang mempunyai i-Akaun, anda boleh membuat permohonan dengan lebih mudah melalui Aplikasi tersebut.

  1. Log in i-Akaun KWSP di kwsp.gov.my
  2. Klik pengeluaran
  3. Pilih i-SINAR
  4. Pastikan anda baca Terma dan Syarat
  5. Klik Seterusnya
  6. Pilih Amaun Pendahaluan ( Berdasarkan syarat layak),amaun bulanan pula ditentukan oleh KWSP dalam tempoh 6 bulan.
  7. Selepas buat pilihan Amaun, pilih Bank
  8. Pilih Bank untuk permohonan pengeluaran i-SINAR online Masukkan Akaun Bank (Simpanan / Semasa) Aktif untuk buat pengeluaran i-SINAR
  9. Pastikan nombor akaun bank aktif & betul bagi memastikan bayaran i-SINAR masuk tanpa sebarang masalah.
  10. Sila buat semakan BUTIRAN MAKLUMAT
  11. Sila sahkan bahagian pengesahan permohonan.
  12. Klik SETUJU, klik permohonan TAC, kemudian masukan TAC
  13. Klik HANTAR
  14. Permohonan anda akan diproses dan semakan boleh dibuat mulai 4 Januari 2021

Permohonan baharu i-Sinar secara online

Manakala, bagi pemohon baharu pula, anda bolehlah ikuti langkah dibawah ini;

  1. Layari portal rasmi i-Sinar isinar.kwsp.gov.my
  2. Isikan No Mykad/ MyPR dan No telefon bimbit anda
  3. Tekan Teruskan ATAU
  4. Isikan No OTP yang diterima melalui SMS dan Sahkan OTP ATAU
  5. Jawab soalan keselamatan untuk pengesahan
  6. Tetapkan amaun pilihan
  7. Tetapkan bayaran bulanann pertama dan tekan TERUSKAN
  8. Lengkapkan maklumat pemohon yang wajib diisi
  9. Lengkapkan maklumat pembayaran dan tekan teruskan
  10. Semak maklumat pemohon dan maklumat pembayaran dan tandakan tick sebelum hantar
  11. Permohonan anda akan diterima dan akan di proses.

ATAU lebih mudah, anda boleh scan sahaja QR kod yang disediakan.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai i-Sinar, boleh lah menghubungi talian 03-8922 4848 bermula jam 8 pagi sehingga 8 malam, pada setiap Isnin hingga Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN : Pencarum KWSP Bagi Akaun 1 i-Sinar Diminta Waspada Aktiviti ‘Scam’

ARTIKEL BERKAITAN : KWSP i-Sinar: Boleh Mohon Mulai 21 Disember, Dibuka Kepada Semua Ahli Terjejas

Sumber : Facebook, KWSP

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Mon, 29 Aug 2022
Hiburan Tue, 9 Apr 2024
Hiburan Sun, 8 Mar 2026

Erma Fatima Sifatkan Dakwaan Terhadap Betty Rahmad Tidak Munasabah

Erma Fatima menyifatkan tuduhan yang mendakwa adiknya, Betty Rahmad bersikap biadab sebagai sesuatu yang sukar dipercayai.

Trending Sun, 19 Jun 2022

“Saya Tak Nak Masuk TV Buat Masa Ni” – Adibah Noor Tolak Tawaran Rakaman Lagu Pada Tarikh Pengebumian

Adibah Noor tolak tawaran untuk keluar televisyen seolah-olah tahu dirinya akan pergi buat selamanya.

Trending Sun, 24 Apr 2022

Buat Pembedahan Plastik Tukar Wajah, Penjenayah Takut Dijejaki Polis

Lakukan pembedahan plastik elak ditangkap polis, 8 wanita dikehendaki.

Trending Tue, 24 Aug 2021

[VIDEO] Respect! Artis Ini Sambut Hari Kemerdekaan Dengan Cara Yang Kreatif!

Hari Kebangsaan negara kita bakal menjelang tak lama lagi dan sudah pasti rakyat Malaysia juga tidak sabar. Sedar tak sedar, sudah 64 tahun kita menyambut hari yang bersejarah ini. Meskipun kita masih dalam musim pandemik, […]

Events Wed, 26 Feb 2025
Hiburan Thu, 22 Sep 2022

[VIDEO] “Banyaknya Duit Dia!” – Netizen Tergamam Ifa Raziah Beli Emas Lebih RM100,000

Fuhhh besar-besar 😍 Alhamdulillah rezeki dia.. Happy birthday Kak Ifa! 🥳

error: Content is protected !!