Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 4, 2024 @ 3:38pm

Festival of Drums & Percussion Malaysia 2024 Jadi Medan Pemuzik Terbaik Negara

Festival of Drum and Percussion Malaysia merupakan sebuah festival muzik yang penuh dengan warna-warni, membawa bersama pelbagai alat muzik dram, gendang dan perkusi, demi mencipta irama dan bunyi (Rhythm & Sound) yang merangkumi berbilang budaya dan harmoni. 

Menerusi Festival of Drum and Percussion Malaysia yang berlangsung selama satu hari ini, kita akan menyaksikan acara-acara Drums & Percussion Showcase dengan sesi Interaktif – worksyop & klinik; dalam pelbagai genre, persembahan drumline, serta sebuah Gala Konsert “All-Star Show” yang mengagumkan. 

Antara artis dan pemuzik yang terlibat termasuk Arthur Kam, Batteryheadz Percussion, Datuk Zainal Abidin, Kamrul Hussin, Lola, XPDC, Pa’ang Zaman, Rie Tsuji, Sān Percussion, Steve Thornton,  Gong, Ujang Exists dan jemputan khas lainnya. 

Menurut Aznan Alias yang merupakan gitaris terkenal negara, acara ini perlu ditonton oleh semua golongan terutamanya peminat muzik tanah air kerana acara ini menghimpunkan semua pemuzik terkenal negara. 

“Saya yakin bahawa highlight untuk festival ini merupakan worksyop dan klinik yang diadakan di sebelah siang. Ini merupakan peluang terbaik untuk penonton, peminat muzik dan pelajar untuk mendapatkan infomasi terbaik, bertanya dan berdepan secara terus, sebuah acara ‘up close & personal and intimate.’ Malah festival ini memberikan bukan 1 tetapi 8 klinik untuk dihadiri dan audiens boleh menimba ilmu dan pengalaman yang banyak di sini,” ujar Aznan yang juga merupakan Pengaran Muzik buat penyanyi terkenal Datuk M.Nasir. 

Manakala Fly Halizor pula menyifatkan bahawa acara ini  akan melebarkan networking kepada mereka yang mahu menjadikan muzik sebagai karier. 

“Para pengunjung terutamanya peminat muzik tanah air akan dapat belajar ilmu muzik dengan pelbagai jenis genre. Malah dapat mempelajari  ilmu baru sambil berhibur dengan konsert yang padat dengan pemuzik dan penyanyi professional Malaysia,” ujar Fly yang merupakan pemain bass dan juga pensyarah muzik. 

Pa’ang Zaman yang merupakan pemain perksusi terkenal Malaysia menyatakan dalam seloka dua sebab kenapa festival ini perlu dihadiri.

Katanya,” Sebab ada Ujang Exists dan ada Pa’ang Zaman. “

Rie Tsuji pula, seorang pemain keyboard dan arranger music menyatakan rasa terharunya dapat menjadi sebahagian dari festival yang julung-julung kali diadakan ini. 

“Saya dan beberapa pemuzik akan membawakan lagu Sakura, sebuah lagu tradisional Jepun. Saya juga menyusun semula lagu Imagine oleh  John Lennon. Bunyinya akan  berbeza. Kita juga ada tetamu Istimewa,” ujar Rie. 

Manakala Ujang Exists yang merupakan salah seorang  ‘most wanted musician in Malaysia’ menggalakkan semua peminat muzik tanah air untuk melihat persembahan yang bakal diadakan oleh para pemuzik di malam Gala Konsert “All-Star Show” itu nanti. 

“Hadirlah ke ‘Showcase & Drum Clinics’ yang akan diadakan di sebelah siang untuk menimba pelbagai ilmu dan berbagi pengalaman secara ‘live’ dengan pemuzik Malaysia. 

“Pada sebelahnya pula saya dan beberapa pemuzik lain akan bergabung untuk memberikan persembahan menarik untuk slot persembahan kami. Saksikan sesuatu yang berlainan dari Ujang & Friends untuk persembahan malam gala itu nanti. Pasti lain dari yang lain!,” ujar Ujang Exists. 

“Objektif utama Festival of Drum and Percussion Malaysia dianjurkan adalah untuk mempromosikan seni drum dan perkusi, serta menyumbang kepada industri kreatif Malaysia selain meningkatkan kesedaran tentang kepelbagaian alat perkusi dan teknik melalui ceramah, bengkel, dan persembahan. 

“Oleh yang demikian, kami selaku penganjur juga menganjurkan Gala Konsert “All-Star Show” yang merupakan kolaborasi dan gabungan Persembahan Moden Drum, Latin, World & Etnik Percussion, dan Malaysia tradisional percussion, diiringi oleh Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) bersama artis dan pemuzik jemputan untuk mempamerkan kepada semua bahawa bakat pelaku seni tempatan kita mempunyai kredibiliti yang perlu terus disokong dan dibanggakan,” ujar dari Jin dari JS Music selaku penganjur festival.

Festival yang berlangsung pada 7 Disember 2024  di Dewan Seri Budiman UiTM Shah Alam, Selangor ini akan bermula dari 10 pagi sehingga 11 malam. 

Gala Konsert All-Star Show akan berlangsung pukul 8.45 sehingga 11 malam. 

Dua kategori tiket iaitu Festival Pass dan Tiket Konsert dijual kepada pengunjung. 
“Pemegang “Festival Pass” akan dapat menikmati keseluruhan Festival, termasuk makan malam yang disediakan. 

“Tiket konsert pula sesuai untuk sesiapa yang hanya berminat untuk menyaksikan Gala Konsert sahaja,” ujar Jin lagi. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 30 Mar 2018

OMG! Limpahan Najis Punca Pulau Boracay Ditutup?

Kepulauan yang terletak 190km ke selatan Manila itu menerima kira-kira 2 juta pelancong setiap tahun, menjana 56 bilion peso (RM4.3 bilion) keuntungan setahun.

Kisah Viral Sun, 9 Jul 2023
Events Thu, 20 Sep 2018

[#WinWithxtra] Win FREE TICKETS to Sunway Lagoon’s Nights of Fright 6

Are you ready for a night filled with thrill and horror?

Trending Thu, 20 May 2021

Walau Tak Dapat Pulang Ke Kampung, Fattah Amin Teruja Sambut Raya Dengan Fatima

Pelakon popular, Fattah Amin meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan penuh kesyukuran dalam kesederhanaan meskipun aktiviti ziarah rumah ke rumah tidak dibenarkan tahun ini. Menurut suami kepada aktres Nur Fazura ini, dia dan isteri bersemangat […]

Hiburan Wed, 31 Jan 2018

Tahniah Datuk Syafinaz!

Tahniah kami ucapkan kepada penyanyi Syafinaz Selamat atas penganugerahan pingat Panglima Mahkota Wilayah bersempena Hari Wilayah Persekutuan, sebentar tadi dan sekarang bergelar Datuk

familuv Tue, 22 Nov 2022

Imran Aqil Belikan Vakum Buat Ibu, Netizen Cakap: “Muka Mak Dia Sebiji Dengan Dahlia”

Pelakon dan penyampai radio, Imran Aqil menghadiahkan ibunya sebuah vakum baharu. @imjeebsterbought my mom a new vacuum, since the old one broke 🤍 hope she likes it.♬ suara asli n_ – Shifaiman Namun, bukan hadiah […]

Featured Wed, 7 May 2025

Shiha Zikir Gagal Tahan Sebak Jumpa Mat Over… Wajah Persis Arwah Bapa – “Rindu Abah Sangat!”

Arwah bapanya adalah individu penting yang mahu lihat Shiha menjadi penyanyi.

error: Content is protected !!