Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 21, 2024 @ 6:08am

Lejen & Otai Bakal Dihimpunkan Dalam Konsert Megahitz 3 Dekad Vol 1

Peminat muzik tanah air bakal dihidangkan dengan malam penuh nostalgia menerusi Konsert Megahitz 3 Dekad Vol 1 yang menghimpunkan sembilan bintang terkemuka yang pernah memeriahkan industri muzik Malaysia.

Konsert yang dinanti-nantikan ini akan berlangsung pada 25 Januari 2025 di Zepp Kuala Lumpur, menampilkan artis hebat seperti Datuk Jamal Abdillah, Datuk Nash, Datuk Hattan, Man Bai, Ramlah Ram, Zur Eda, Noorshila Amin, Andy Flop Poppy dan Amir Masdi.

Konsert ini diadakan sebagai penghormatan kepada tiga dekad kegemilangan industri muzik tempatan, menonjolkan gabungan artis legenda dari pelbagai genre muzik, termasuk pop, rock dan balada.

Dengan konsep ‘back to the 80’s & 90’s, konsert ini dijangka membawa pengalaman unik kepada peminat muzik tempatan, selain menawarkan kolaborasi eksklusif yang jarang sekali disaksikan di pentas yang sama.

Penonton akan dihidangkan dengan 22 lagu yang pernah dipertandingkan dalam Anugerah Juara Lagu, termasuk karya yang telah memenangi anugerah berprestij itu. Selain itu, kemunculan istimewa Kid Search, pemain gitar asal kumpulan Gersang, yang akan mempersembahkan lagu Masih Aku Terasa, pasti mencipta momen tidak terlupakan.

Menurut Afiezan Shah Mohd Zahari, Pengasas dan Pengarah Pentas 365 Events selaku penganjur, konsert ini bertujuan meraikan artis lagenda sambil mengimbau kegemilangan era muzik Malaysia.

“Konsert ini bukan sekadar platform untuk menghormati ikon muzik tanah air, tetapi juga untuk membawa penonton kembali ke zaman kegemilangan industri muzik kita. Setiap penyanyi yang terlibat telah meninggalkan impak besar dalam seni muzik Malaysia, dan kami berbesar hati dapat menawarkan malam yang penuh kenangan serta muzik berkualiti tinggi,” katanya.

Afiezan turut menyeru penonton untuk bersama-sama mengenakan pakaian bertema retro, menambah keunikan dan kenangan malam konsert yang diterajui oleh pengarah muzik Shah Slam.

“Kami ingin menjadikan konsert ini sebagai perayaan luar biasa yang akan dikenang sepanjang hayat, di mana muzik membawa peminat bersama untuk meraikan perjalanan indah industri muzik kita,” tambahnya.

Tiket untuk konsert ini telah mula dijual sejak 29 September 2024 dan boleh didapati melalui www.myticketempire.com.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 14 Jun 2023
Hiburan Wed, 24 Oct 2018

Mas Idayu Sebak Menyanyi Nirmala Di Pentas DAA 4

Penyanyi serba boleh ini menulis Allahyarham Pak Ngah sentiasa dekat di hati dan pasti merindui gelak tawa Allahyarham. Al-Fatihah buat Allahyarham Pak Ngah…

Hiburan Sat, 4 May 2019

Nadia Brian Selamat Bertunang

Pelakon dan model jelita, Nadia Brian, 28, selamat menjadi tunang kepada Mu’izz Nasruddin, 28, di sebuah hotel di sini, hari ini. “Muiz lelaki yang baik, sangat bertanggungjawab dan saya bertuah dapat mengenalinya. “Dia sangat memahami […]

Featured Wed, 10 Nov 2021

Gara-Gara Siakap Kayangan, DSV Tawar Mahu ‘Belanja’ Semua Bil Mangsa

Wah, DSV belanja ikan siakap kayangan gaisss…

Hiburan Thu, 8 Aug 2024
Hiburan Sun, 4 Aug 2019

Dua Kali Berpisah, Siapa Mr. W Dalam Hidup Sasha?

Sasha dalam fasa berkawan tetapi tidak menolak jika dia jodohnya.

Trending Fri, 3 Jul 2020
Featured Tue, 18 Nov 2025

“Allah Sebaik-Baik Perancang, I Love You Fattah Amin” – Amira Othman Mohon Doa, Tak Dibenarkan Terbang Ke Korea

Amira Othman, memohon doa daripada peminat selepas mendedahkan dirinya tidak dibenarkan terbang ke Korea oleh tiga doktor pakar.

error: Content is protected !!