Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 8, 2024 @ 11:41am

Kesihatan Semakin Merosot, Zahirah Macwilson Reda Jika Nenek ‘Pergi’

Pelakon, Zahirah Macwilon memaklumkan kesihatan neneknya, Faridah Nyak Mohd semakin merosot.

Zahirah atau nama lengkapnya Nur Zahirah Macwilson Zainul Macwilson, 29, berkata neneknya mula berhalusinasi, merungut dan tidak mahu memakai ‘mask’ oksigen.

“Nenek semakin teruk… Asyik cabut ‘mask’. tak nak pakai. Halusinasi, merungut, percakapan tak jelas dan tiba-tiba marah dan merengek kesakitan.

“Dia cuba bangun sebab nak balik, tak nak makan atau minum. Tak pernah terbayang akan melihat nenek sebegini,” ujarnya menerusi satu perkongsian di Instagram Story (IGs) sebentar tadi.

Dalam masa sama, isteri aktor Aiman Hakim ini mengakui reda sekiranya nenek pergi menghadap Illahi.

“Saya cakap dengan nenek dengan berat hati semalam, kalau nenek kena pergi, nenek pergi okay..

“Dia perlahan-lahan capai tangan saya meminta saya meraihnya dan mengangguk… hati saya berkecai,” luahnya sebak.

Zahirah Macwilson

Pada Isnin, Zahirah berkongsi berita duka mengenai keadaan neneknya yang mengalami kegagalan buah pinggang, jantung lemah dan paru-paru berair.

Artikel Berkaitan: Kongsi Momen Selepas Bersalin, Nasihat Bapa Zahirah Macwilson Jadi Tumpuan – “Stay Safe & Be Aware Of Toxic People”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Ajak Orang Buat Maksiat Sebelum Kahwin Pun Berdosa, Macam Suami Awak” – Fathia Latiff Sindir Zahirah Macwilson?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 16 Jul 2024

“Tutup Pintu Hatiku & Ku Buang Rasa Cinta Terhadap Manusia”- Bekas Isteri Pertama Datuk Red

Semoga Allah beri kekuatan kepada Datuk Red dan bekas isteri pertamanya ❤️

Events Mon, 9 May 2022
Trending Mon, 6 Sep 2021
Featured Thu, 15 Dec 2022
Hiburan Fri, 28 Apr 2023
Trending Tue, 4 Feb 2020
Featured Mon, 22 Aug 2022

[VIDEO] Lucu! Jebat Jayden Kantoikan Sharnaaz Ahmad Ada Girlfriend

Alahai comelnya! Spontan je dia jawab baba dia.

Hiburan Wed, 14 Aug 2019

Doakan Aidid Marcello Kembali Sihat!

Get well soon abang Aidid!

error: Content is protected !!