Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi December 21, 2024 @ 10:45am

Dah Sampai Malaysia Tapi Konsert Batal Di Saat Akhir, Feby Putri & Nadin Amizah Luah Rasa Kesal

Penyanyi Indonesia, Feby Putri dan Nadin Amizah meluahkan rasa kesal apabila pihak penganjur, Tuff KL membatalkan konsert One Love Music Festival di saat akhir.

Selaku penyanyi jemputan di acara tersebut, Feby menjelaskan ada beberapa perkara yang pihak penganjur tidak dapat penuhi dengan pihak mereka.

“Rakan-rakan Malaysia, nampaknya soal setlist yang kita bincang semalam tak dapat mendengarnya bersama-sama.

“Kami dan pasukan telah tiba (Malaysia) tetapi ada satu perkara yang penganjur tidak penuhi dengan kami dan akhirnya penganjur memberikan kenyataan muktamad sebulat suara bahawa acara dibatalkan,” tulisnya di Instagram Story (IGs).

Sementara itu, Nadin yang telah tiba di Malaysia mengakui terkejut terhadap pembatalan konsert yang dianggap hanya menyusahkan serta membuang masa, tenaga ramai pihak.

“Siapa yang dah sampai Malaysia tapi ternyata acaranya batal?

“Setiap kali event dibatalkan macam ni, memang memalukan semua orang. Kesian penganjur majlis sebab mesti banyak benda besar tak terduga yang tak dapat dibantu apa-apa.

“Kesian penyanyi dan pasukan kami yang masih belum dibayar dan ia membuang masa dan tenaga.

“Namun yang paling menyedihkan tentunya penonton yang telah membeli tiket, penginapan dan pengangkutan untuk datang ke konsert tersebut,” tulisnya di IGs.

Terdahulu, Tuff KL terpaksa membatalkan konsert One Love Music Festival yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu, 21 Disember 2024 di MAEPS Serdang atas alasan kekurangan dana.

Selain Feby Putri dan Nadin Amzah, konsert One Love Music Festival itu turut menampilkan barisan penyanyi popular seperti Hujan, Insomniacks, Bunkface, Drama Band, Nadhif Basalamah, Salma Salsabil, Nabil Taqiyyah, Gerhana Skacinta dan Five Three Studio.

Image

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 14 May 2019
Hiburan Wed, 11 Jul 2018

Selena Gomez Terkejut Bekas Kekasih Bertunang Tapi…

Bercinta sejak 2010, sudah tentu Selena Gomez dah ‘masak’ dengan sikap Justin Bieber. Katanya, bekas kekasihnya itu sering bertindak tanpa berfikir panjang.

Featured Wed, 20 Jul 2022

Tular Orang Awam Dakwa Jumpa Zalina Azman, Pihak Polis Sahkan Tiada Sebarang Laporan Dibuat

Pihak polis bagaimanapun akan meneliti video rakaman cctv di kawasan terbabit. Semoga urusan pencarian Zalina dipermudahkan.

Trending Wed, 23 May 2018

10张让你秒懂「男女到底差在哪」的超中肯爆笑图

10张让你秒懂「男女到底差在哪」的超中肯爆笑图,#5女生车子里真的都这样啊!

Hiburan Thu, 7 Dec 2017

POKEMON I CHOOSE YOU MALAYSIA!

Kali ini, Pokemon bakal menemui peminatnya di Malaysia! Kedatangan figura ini adalah bagi meraikan siri televisyen popular itu yang telah berusia 20 tahun.

Hiburan Mon, 23 Dec 2019
error: Content is protected !!