Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain October 16, 2022 @ 12:17pm

Lima Tahun Menunggu, Siti Nordiana Gigil Dipelawa Nyanyi Lagu M Nasir – “Saya Insan Terpilih”

Penyanyi Siti Nordiana meluahkan rasa bangga dan teruja apabila dipelawa untuk merakamkan lagu ciptaan komposer ternama, Datuk M Nasir yang berjudul Menyantun Kasih.

Menurut Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana, dia menunggu hampir lima tahun sebelum mendapat persetujuan daripada komposer yang digelar sebagai sifu itu.

“Boleh dikatakan saya insan terpilih juga. Semasa minta lagu tu, dia ada cakap bolehkah menyanyikan lagu saya. Gigil juga mendengar soalan tu.

“Bukan apa saya kan penyanyi yang menyanyikan lagu-lagu ‘leman’. Saya pun cakap ubah suara menjadi lain semata-mata untuk lagu itu. Janji saya dapat lagu M Nasir.

“Pertama kali minta lagu antara 2017 dan 2018. Kira lama jugalah dah minta, tapi baru tahun ni dia bersetuju,” katanya.

Memetik laporan Harian Metro, Nana menyatakan dia perlu menjalani empat kali proses rakaman bermula April hingga Julai lalu untuk memastikan M Nasir berpuas hati.

Malah, lagu Menyantun Kasih ciptaan M Nasir dan lirik oleh Keon Omar ini juga merupakan kerjasama pertama mereka.

“Untuk lagu ini saja empat kali saya masuk studio rakaman. Semua pada hari berbeza. Setiap sesi antara lima hingga enam jam. Memang lama.

“Dia sangat teliti. Apabila dah rakan kali pertama, ada bahagian lain yang dia cakap boleh diperbaiki lagi. Sampailah kali keempat baru dia puas hati.

“Memang susah puaskan hatinya. Dia cakap pada saya, suara saya lembut, jadi tak boleh bagi lagu berat. Kena ada kelembutan dalam lagu. Itu yang dia bagi lagu ini sekali dengan gubahan. Memang sangat kena dengan saya,” katanya.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 10 Apr 2023
Trending Wed, 11 May 2022
Featured Sat, 23 May 2020
Featured Fri, 12 Sep 2025

“I Am Work In Progress, Bukanlah Malaikat” – Nabila Razali Backup Rakan Rai ‘Bachelorette Usrah’

Nabila tampil mempersoalkan tindakan individu menegcam rakan-rakannya.

Hiburan Sat, 18 May 2019

‘Dia Mungkin Dah Terlepas Ujian Dunia, Nasib Kita Belum Tentu Lagi’- Alif Satar Komen Isu Kontroversi Aliff Aziz

Dengar tu apa Alif pesan, jangan sibuk gelakkan musibah orang bimbang nanti terkena diri sendiri.

Hiburan Thu, 16 Mar 2023
Hiburan Tue, 12 Feb 2019

’Bukan Semua Suka Tengok Kita Bahagia’- Faradhiya Pilih Tidak Kongsi Hal Peribadi Di Sosial Media

Pesannya, ‘Kalau ada masalah, bercakap dengan Tuhan bukan dengan meluahkan kepada orang awam’. Betul tu!

Featured Wed, 6 Nov 2024

Wan Sharmila Kongsi Detik Cemas, Alami Sesak Nafas Akibat Terjerut Selendang Jemaah

Pelakon Wan Sharmila berkongsi detik cemas apabila memaklumkan dia mengalami sesak nafas termasuklah tudung di tarik ketika berdoa di Multazam.

Featured Sat, 20 Dec 2025

“Mereka Menangis Dalam Diam” – Zizi Izette Sebak Anak-Anak Rindu Arwah Bung Moktar

Kata Zizi, meskipun dia seorang yang sangat menjaga privasi, namun perkongsian yang dibuat bukanlah mahu meraih simpati sebaliknya berkongsi perasaan

error: Content is protected !!