Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin December 22, 2024 @ 12:26pm

Alami Jangkitan Paru-Paru & Batu Karang, Adi Putra Ditahan Di Wad

Pelakon versatile, Datuk Adi Putra mengejutkan ramai pihak selepas berkongsi hantaran di media sosial miliknya baru-baru ini.

Menerusi hantaran tersebut, Adi atau nama penuhnya, Mohamed Hadi Putera Halim, 43, berkongsi foto memperlihatkan dia kini sedang berada di hospital.

“Semoga dipermudahkan. Aku rindu mu ibu,” coretnya.

 

Memetik laporan Harian Metro, Adi dimasukkan ke pusat perubatan tersebut selepas dilaporkan mengalami jangkitan kuman pada paru-paru dan batu karang.

Menurut isterinya, Datin Aida Yusof,  tahap kesihatan suaminya agak lemah sehingga terpaksa ditahan di wad.

“Setakat ini, keadaannya masih lemah dan doktor maklumkan dia mengalami demam, batuk, selesema, batu karang dan jangkitan kuman pada paru-paru.

“Beberapa hari ini kami agak sibuk dengan urusan kerja. Namun, semalam tiba-tiba badannya sangat lemah dan terpaksa dibawa ke hospital,” katanya kepada pemberita.

Berkongsi lanjut, suaminya jatuh sakit dek kerana tidak mendapatkan rehat yang mencukupi.

“Dia menjalani pengambaran drama bersiri berjudul Sekam Di Dada dan juga pelancaran produk kecantikan diberi nama Darling Moisturizer untuk saya uruskan.

“Jadi disebabkan tidak cukup rehat, badannya lemah dan jatuh sakit,” jelasnya.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 10 Jul 2025
Featured Wed, 17 Jan 2024

Netizen Lancar Petisyen Gesa Diberhentikan, Peminat Back Up DJ Lin!

Wow! Makin panas ek netizen siap lancar petisyen tu🔥🔥🔥

Hiburan Tue, 1 Jan 2019

TAHNIAH! Elfira Loy Kini Bergelar Mrs Faris

Selamat Pengantin Baru El & Faris… Tahniah!

Trending Mon, 1 Mar 2021
Featured Wed, 16 Aug 2023

[VIDEO] Luah Kecewa, Anak Arwah Mejar Aziz Dakwa Filem Malbatt Bukan 90% Cerita Sebenar? – “Sepatutnya Ayah Saya, Tapi…”

‘Jangan ambil pengalaman ayah saya utk highlight aktor lain’ – Anak Arwah Mejar Aziz

Featured Tue, 4 Nov 2025

Padam Gambar Bersama Di IG, Hubungan Ameera Khan & Jefri Nichol Didakwa Berakhir?

Ameera Khan menyorot perhatian ramai selepas bertindak memadam semua foto miliknya dan kekasih hati yang juga aktor popular Indonesia, Jefri Nichol.

Trending Sat, 13 Apr 2019

Bas Pekerja Berlumba 12 Nyawa Melayang

12 mayat mangsa kemalangan itu sudah dituntut oleh keluarga, majikan dan kedutaan masing-masing dan dihantar pulang ke negara asal.

error: Content is protected !!