Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 22, 2024 @ 2:34pm

Fazura Tak Tolak Jodoh, Sedia Kembali Berumah Tangga – “Doakan Yang Terbaik Buat Saya & Fatima”

Pelakon, penyanyi dan usahawan jelita, Nur Fazura mengaku tidak menolak jodoh untuk kembali mendirikan rumah tangga lagi.

Katanya menerusi sesi siaran langsung di TikTok, seorang individu lelaki dipercayai pekerjanya kelihatan membacakan komen yang diterima daripada netizen yang memuji aktres itu tampak semakin lawa dan berseri seperti ingin bernikah.

Mendengar pujian yang diberikan, ibu anak satu itu lantas memberikan jawapan dan meminta agar semua peminat mendoakan yang terbaik buat dirinya.

Tambahnya, dia kini sedang  sibuk menguruskan karier dan fokus hanya diberikan kepada anak tunggalnya, Fatima.

“Doakan saya mudah-mudahan walaupun sekarang saya dah single tapi saya fokus kepada Fatima dan kerjaya.

“Tapi mudah-mudahan jika ditakdirkan ada jodoh lagi, semoga yang baik-baik dan terbaik buat saya. dan Fatima. Doakan okay,” ulasnya.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata peminat mendoakan yang terbaik dan berharap Fazura menemui kebahagiannya kelak.

Sekdar info, pada 13 Disember lalu, Fazura mengumumkan telah selesai menjalani tempoh idah selepas sah bercerai dengan bekas suami, Fattah Amin pada 7 Oktober 2024.

Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.

Hasil perkongsian hidup selama 7 tahun, pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia 4 tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 29 Aug 2025

Filem Assalamualaikum Baitullah: Sarat Dengan Sajian Emosi Tentang Cinta, Kehilangan & Keikhlasan

Sebuah filem yang sarat dengan emosi, pengajaran serta perjalanan spiritual.

Hiburan Wed, 29 Aug 2018

Wow! Barisan Penyanyi Popular Di Konsert Jelajah DYXY 2018

Bukan hanya pelajar, jenama ini juga membantu suri rumah dan ibu tunggal untuk menjana pendapat mencecah ribuan ringgit setiap bulan. Saya juga tak sabar untuk berjumpa dengan pengunjung serta peminat di konsert itu nanti

Hiburan Fri, 15 Dec 2023

#SFMM38: Mara Ke Separuh Akhir Muzik Muzik Buka Mata Ramai, Wani Kayrie Bakal Tonjolkan Sisi Berbeza!

Satu kejayaan yang membanggakan untuk Wani, Goodluck untuk Kamu Kamu 🤩

Hiburan Tue, 23 Jul 2019
Trending Sat, 17 Mar 2018

Vietnam Restaurant Preserves President Obama’s Table and Utensils!

After former President Barack Obama visited a Vietnamsee street restaurant, the restaurant decides to preserve the table and utensils that he used before!

Trending Wed, 12 Aug 2020

Cara Semak Status Rayuan BSH Fasa Ketiga

Ikuti cara untuk menyemak status rayuan BSH anda

Hiburan Sat, 18 Jun 2022

Dikhabarkan Menderita Kanser, Adibah Noor Meninggal Dunia

Salam takziah untuk keluarga Adibah Noor.

Hiburan Fri, 31 Jan 2020

Ruhainies Bengang Dengan Kedutaan Malaysia Di Filipina

Terkandas di Manila akibat letusan gunung berapi di sana pada awal Januari lalu, Ruhainies meluahkan rasa terkilan dan kecewa dengan pihak Kedutaan Malaysia di Filipina. Menurut Ruhainies, apabila dia menghubungi Kedutaan Malaysia untuk meminta pertolongan ianya dibalas […]

Featured Tue, 5 May 2020
error: Content is protected !!