Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin December 22, 2024 @ 3:52pm

Teater Muzikal Sudirmania Bakal Ubat Rindu Peminat

Pementasan Teater Muzikal Sudirmania merupakan salah sebuah program yang diselaraskan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Selangor dan akan dilaksanakan oleh Pertubuhan Pameran Seni Teater (PEPSTER).

Teater yang mengangkat kisah masyarakat menerusi lagu-lagu popular Allahyarham Sudirman Hj Arshad ini adalah karya dan arahan Khairunazwan Rodzy.

Seiring dengan konsep mahu mengetengahkan karya-karya seni dan sastera negara termasuklah mempergiat aktiviti persembahan teater warisan dalam kalangan remaja, belia dan masyarakat, barisan pelakon yang dipilih juga bukan calang-calang antaranya, Fimie Don, Amirul Affendi, Putri Khareeza, Khayrisya Kemal, Kirin Muhd dan ramai lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Revolution Stage (@revolutionstage)

Menurut Khairunazwan, terdapat perubahan yang istimewa bakal dipersembahkan untuk pementasan kali ini.

“Ini bukan kisah Sudirman, tetapi ini kisah kita dalam jiwa lagu-lagu Sudirman.

“Kali ini ada perubahan istimewa dan penambahan baru dari pementasan yang pernah diadakan sebelum ini. Jadi siapa yang pernah menonton, pasti tidak rugi menonton persembahan teater muzikal Sudirmania yang terbaru ini kerana pembaharuan dan penambahan yang telah dilakukan,” ulasnya.

Teater Muzikal Sudirmania adalah satu projek pementasan teater tribute kepada satu-satunya penghibur nombor satu negara, Allahyarham Datuk Sudirman Hj Arshad.

Sudirmania ini adalah penterjemahan dari lagu-lagu nyanyian Allahyarham Datuk Sudirman menjadi naskhah pementasan yang telah digarap kemas menjadi jalan kisah di zaman kegemilangannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Revolution Stage (@revolutionstage)

Lagu-lagu yang dipilih akan diolah menjadi sebuah cerita yang bertemakan kehidupan remaja, dewasa dalam gelombang percintaan.

Sudirmania adalah gabungan empat kisah yang menjadi satu kronologi cerita yang mengisahkan tentang masyarakat yang meminati Sudirman sehingga menjadikan lagu-lagunya sebagai penyemangat hidup.

Justeru, bagi semua peminat figura nombor satu negara ini, jangan lupa saksikan pementasan Teater Muzikal Sudirmania yang akan berlangsung pada 27 Disember ini pada jam 8.30 malam serta pada 28 Disember dan 29 Disember jam 3 petang dan 8.30 malam bertempat di Panggung Bandaraya (DBKL), Jalan Raja, Kuala Lumpur.

Tiket-tiket berharga RM35.00 dan RM55.00 boleh didapati di laman sesawang revolutionstage.com.

Untuk makluman, pementasan teater Muzikal Sudirmania ini adalah hasil kerjasama Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur, Pertubuhan Pameran Seni Teater (PEPSTER) dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Selangor (JKKN Selangor), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac), dengan sokongan Kerajaan Negeri Selangor dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur serta Sudirman Asset Management dan Revolution Stage.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 11 Sep 2024
Hiburan Wed, 14 Mar 2018

Mia Ahmad beranikan diri umum hamil!

Mia turut memaklumkan pada mulanya agak takut membuat pengumuman gara-gara pernah keguguran sebelum ini.

Hiburan Mon, 18 Aug 2025

Bukit Bintang Bergegar! Ajak Peminat Berdangdut, Ratusan Peminat Serbu Persembahan Haiza

Wow! Satu Bukit Bintang terhibur dengan Haiza, memang meledak!

Hiburan Tue, 26 Dec 2017

EVERYTHING YOU NEED TO KNOW ABOUT ASIA’S GOT TALENT WINNER ‘THE SACRED RIANA’

The Sacred Riana was crowned Season 2 winner of Asia’s Got Talent earlier this month! Check out these fun facts about her.

Drama Mon, 17 Feb 2020
Trending Sat, 1 Aug 2020
error: Content is protected !!