Euforia Bola 2026
Hiburan By: Afiq Kandi December 24, 2024 @ 12:14pm

7 Tahun Sengketa Berakhir! Ifa Raziah, Roslan Shah Kembali Bersahabat

Setelah tujuh tahun bersengketa, penyanyi Ifa Raziah dan pengacara Roslan Shah akhirnya menamatkan perselisihan mereka.

Memilih untuk berdamai, Ifa dan Roslan kembali bersahabat, menyambung ikatan yang pernah terjalin sejak 1998.

Mengulas mengenai momen perdamaian tersebut, Ifa atau nama sebenarnya, Saripah Raziah Mustapha, 49, meluahkan rasa syukur atas keajaiban yang mengembalikan silaturahim antara mereka.

“Saya sangat bersyukur kepada Allah kerana meleraikan ego saya dan Roslan. Akhirnya, hubungan persahabatan kami kembali utuh, insya-Allah,” katanya kepada XTRA.

Mereka ditemui pada sidang media Kemaafan Dendam Yang Terindah di St Giles Boulevard Hotel, Mid Valley, semalam.

Menurut Ifa, banyak kenangan pahit manis telah dikongsi bersama Roslan, malah dia menganggap pengacara kelahiran Singapura itu seperti keluarganya sendiri.

Sengketa mereka bermula pada Januari 2018 dan berlarutan selama hampir tujuh tahun sebelum kedua-duanya sepakat untuk melupakan perselisihan dan kembali bersahabat.

Sebelum ini, nama kedua-dua selebriti sering menjadi perhatian susulan pertikaman lidah yang berpanjangan hingga membawa kepada pelbagai tuduhan dan laporan polis.

Roslan turut melahirkan kelegaan apabila hubungan mereka kembali jernih setelah bertahun-tahun berusaha untuk berdamai.

“Sebenarnya, saya sudah lama memohon maaf kepada Ifa dan pada masa yang sama, memaafkannya. Sebagai orang Islam, saya tidak mahu bermusuh, lebih-lebih lagi selepas ibu meninggal dunia. Melihat ramai rakan artis yang sudah tiada atau sakit, saya mula berfikir apa pengakhiran saya jika terus bermusuh sebegini,” katanya.

Roslan juga mendedahkan bahawa keinginan untuk berdamai semakin kuat selepas beliau menunaikan umrah buat kali ketiga, di mana dia berdoa untuk memperbaiki hubungan mereka.

“Apabila saya dapat tahu adik Ifa meninggal dunia, saya mula berusaha untuk berjumpa dengannya. Saya rasa kekosongan selama tujuh tahun ini tidak dapat diisi dengan kehadiran orang lain,” tambahnya.

Sebagai tanda syukur atas perdamaian mereka, Ifa dan Roslan merancang untuk mengadakan majlis tahlil bersama anak-anak yatim dan menunaikan umrah bersama.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 22 Aug 2023
Hiburan Wed, 11 Oct 2023
Hiburan Tue, 9 Dec 2025
Featured Tue, 23 Dec 2025

“Kalau Bekas Suami Tu Dah Nak Mamp*s, Tak Ada Lah Sakit Hati Kalau Tak Dapat Bayar Nafkah” – Rita Rudaini

Kata Rita, kegagalan menunaikan nafkah bukanlah perkara kecil dan tidak seharusnya dipandang remeh.

Hiburan Sun, 22 Sep 2019

“Alhamdulillah Ada Yang Nak Anak Saya” – Dato’ Rosyam Nor

Tahniah Dato’ Rosyam kerana terima menantu

Featured Thu, 24 Jul 2025

Nora Ariffin Perjelas Isu Bayaran Royalti Tiada Kena Mengena Dengan Sheila Majid

Nora mahu menjadi ‘suara’ bagi anak-anak pengkarya muzik berdepan isu serupa.

Hiburan Thu, 22 Nov 2018
error: Content is protected !!